Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, June 22, 2008

permata hati


betul la kata org, anak permata hati. walaupun ini bukan anak sy, tapi dialah permata hati seluruh ahli keluarga sy..sofea izzati. cucu sulung dlm keluarga. actually kakak sy ada tiga org anak ( sofea izzati, izyani fasehah dan mohd harith) mereka semua permata hati kami... Allah mengetahui apa yg terbaik utk setiap hambanya. Arwah ayah sy pergi menyahut seruan Ilahi pada 9 january 2005 dan sofea izzati lahir 9 februari 2005. sewaktu kami masih dlm kesedihan Allah hadiahkan dia sebagai penawar. Alhmdullah waktu tu kami dpt melupakan kesedihan. gembira menyambut kelahirannya. now, "kakak" stay at JB. ayah & ibu keje kat sn. everyday kakak, fasehah dan adik harith akan ke taska walaupun umur kakak br 3 tahun fasehah 2 tahundan adik harith baru 3 bulan. tp disebabkan ayah & ibu bekerja terpaksalah masuk sekolah awl ye:).. ade hot story. dulu kakak masuk playschool.. tp bulan lepas kakak dh masuk academic school. satu pencapaian yg baik. lepas ni di doakan agar kakak, fasehah dan adik harith akan berusaha dan belajar bersungguh2. jadi mcm ibu dan ayah.. kalau nak best lagi jd mcm ur uncle n untie..mcm maklang la yang paling best..hehehehehe...

top Models share their succes stories

here is my luvly sist..dalam dunia & akhirat sy cuma ada sorg kakak kandung. sgt2 penyayang dan sabar. sometime sy tertanya2 kenapa dia terlalu baik, sabar, berjaya dan rendah diri. tp itulah yang sy banggakan:) karektor yang ada dlm dirinya akan membuatkan sesiapa sahaja rs senang bila bersama2nya. walaupun dia seorang yang tegas tetapi ketegasannya sgt luar biasa. ketegasannya mampu menundukkan hati seorang hakim. mysist ni pemilik sebuah firama guaman di JB. walaupun sibuk dengan kerjaya dan keluarga tp dia tetap cun dan menawan. i love u mysist:)

Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Monday, June 16, 2008

Bahagie nyer dapat pakwe macam die....

:-)"Bahagie nye dapat pakwe macam die..."

Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya.....
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala.
Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/s - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim... A
pa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
Semoga saya pun ambik iktibar gak... Wassalam

Friday, June 13, 2008

LLB (look Like bz)

:-) minggu ni sy x sempat menulis. bukan xde idea, tp sy xde kesempatan nak mnulis. bila mood elok nk mnulis, ms tu jugak la de cite best kat tv or ms tu la sy rs mcm nk mkn something. tapi yang lebih tepat lg sy dah mula rs betapa 'bestnyer' memikirkan hal keje yang banyak. sy suka 'sibuk' tapi bukan 'menyebuk'.. sy suka kehidupan LLB 'look like busy'.. pada sy otak sy dpt berfungsi secara optimum bila sy dlm keadaan mcm tu.. nak tahu kisah benar disebalik LLB ni?.. dulu ms di univ, sy bukan sesibuk sy di sekolah. imej tu agak berlainan sedikit. kalau ms di sekolah, sy sll sibukan diri dgn aktiviti sekolah dan asrama. hampir setiap ms sy ada aktiviti. ke hulu ke hilir. bertemu dgn bermacam ragam manusia. cuma bila sy mnjejakkan kaki ke univ. imej dan minat tu sy kurangkan. mungkin faktor kawan dan persekitaran. sy x pasti.. tp itulah diri sy sampai la sy berada di semester empat.. aneh! dlm keadaan sy sentiasa 'rileks' dan goyang kaki di univ, sy x pernah mencapai tahap yg saya mahukan dlm pelajaran. dalam kelas sy masih gagal utk fokus. dlm exam sy masih gagal utk skor. pointer sy waktu sgt2 teruk... sejenak sy berfikir. apa mslah sy?sy ada byk waktu utk study. tp pengisian hampeh!! sy byk buang masa.. tersedar dari perkara tersebut, sy cuba jd diri sy semula. .LLB.. 1st yg sy buat, sy pergi minggu kelab kat univ. sy pun dah lupe pe nm prog tu. tp sy masih igt. semua kelab dan persatuan buka booth kat foyer library. ms tu la student dftar masuk persatuan yg dia suka... saya pun dgn muka mcm junior (padahal ms tu dah sem 5) jln ke setiap booth.. sampai booth PEMADAM sy berhenti..teringat la kenangan di sekolah dulu.. saya la wakil perak ke kolikium wanita PEMADAM kebangsaan. tp itu zaman sekolah...sy beranikan diri.. bertegur dgn senior yg jg booth tu.. berbual dan bercerita pengalaman sy.. langsung mengisi borang permohonan menjadi ahli kelab... sgt menarik bila mggu berikutnya sy dijemput untuk hadir ke AGM PEMADAM. tp malam AGM sy kena duduki midterm exam..ah kecewa!! bila sy dtg ke dewan mlm tu area kul 10.30 mlm, meetg dah habis. sy cuma sempat mkn (mkn paling utama)..lebih dari tu sy rs kecewa sbb xdpt join sessi perlantikan Ajk baru. sy xde niat pun nk jd pengerusi, klu dapat sy jd sebahagian dari AJK pun sy dah rs bagus. sy nk jd LLB semula. itu matlamat sy. dah 4 semester menyepi.. i need something..xpelah mgkin itu bukan rezeki sy.....
well, Allah tahu yang terbaik utk kita.. selang beberapa hari i got a call from Ajk kelab. minta sy dtg meeting kelab coz semua dah setuju sy jd pengerusi Kempen Pemadam.. sy rs berat hati. dlm profil sy mmg tertulis smua pengalaman sy di sekolah tapi bukan di univ. tup2 utk mengetuai satu kempen peringkat univ sy rs gabra sedikit.. tp sy dtg jugak. terima pelawaan tu. mulakan mesyuarat dan merancang strategi... ms terus berlalu, dan betapa sibuknya sy waktu tu x la sesibuk perwakilan pelajar. tp sy tetap berpuas hati dgn management yg sy buat.. bukan utk berbangga diri, tp waktu sy hadir mesyuarat, sy igt lagi kata2 sorg dari ahli club. "i x pernah jumpa student kat cni yang handle meetg dan projek very proper like u".. pe yg sy igt cuma satu, dlm mn2 seminar atau kursus, perkara paling sukar utk dilakukan ialah mendapatkan penyertaan yang ramai. berbeza klu program hiburan, lawatan atau grooming.. tp di situ strategi.. kebijaksanaan akan mengatasi setiap permasalahan. dan alhamdulillh program tu mendapat sambutan yg hebat.luar dari jangkaan dan mendapat pujian dari para pensyarah.. pada sy strategi..itu yg penting..LLB sy membuatkan sy dapat berfikir dan mencipta idea yg bagus utk melaksanakan program tu..
sape yg membaca pasti hairan dgn huraian sy yg panjang lebar tntg program tu.. tp itulah program dlm ingatan sy. yg mengembalikan sy menjadi diri sy. itulah program yg menjadi titik tolak kegemilangan yg sy cipta dan anugerahakn sendir utk diri sy..heheheh. dan selepas tu sy terus mnjadi diri sy. mengikuti pelbagai aktiviti. menghadiri pelbagai seminar. lantas saya memperolehi kembali kekuatan saya. terima kasih Allah kerana memberi yang terbaik utk saya..harus diingat LLB itulah yg mmbuatkan result exam sy kembali meningkat. dari 2nd class lower sy berjaya mencapai 2nd class upper..itulah yg tercatat dlm degree sy.alhmdulillah.. kesibukan jadikan sy aktif, pantas bertindak dan berfikir....

Wednesday, June 11, 2008

Tq kak nora:)

arini kitorg kat ofis mkn KFC.. kak nora belanja..tau sebab ape? sbb result exam kak nora dah kuar.. she got 3.42..wahh!!! hebat x? anyway tahniah kak nora.. nanti i bg u SKT 95%.. tp dgn syarat KFC tiap2 hari la...

Monday, June 9, 2008

dedicated to Aqilah,Angah, Adi & Kimi....

Pertemuan kita unik sekali...dari daerah yang satu, kita jarang bertemu, walau tersentuh bahu, kita hanya tahu "kau & aku"... tapi di daerah yang jauh, tanpa saudara dan teman, kita bertemu di situ. memupuk rasa cinta dan sayang. dalam penat meniti tangga ke puncak jaya, kalian hadir jadi teman buat ubat rindu di jiwa. kadang-kadang dewasa dan usia melupakan kita pada kasih dan sayang. pada darah yang mengalir di tubuh kita ini ada sejarah dan usulnya. pada saat itu, kita tahu betapa besar makna kasih sayangnya. benar. silaturrahim tidak pernah memisahkan manusia...:)
untuk aqilah, angah, adi dan kimi... walau kita jauh..tapi hati kita pasti dekat selalu.. salam rindu dan sayang buat korang semua.. belajar rajin-rajin supaya menjadi kebanggaan keluarga.. kejayaan tidak memilih keturunan,warna kulit, rupa paras dan kekayaan.. kejayaan milik semua orang..selagi kita BERUSAHA...

Saturday, June 7, 2008

Stage 1: PTD

:-)STAGE 1: PTD

Secara berperingkat, untuk memasuki skim PTD akan melalui empat peringkat. Pertama mengisi borang di SPA. Ini adalah WAJIB bagi sesiapa yang berhajat untuk memasuki skim ini. Tiada cara lain. No Wrong Door. Kedua, menduduki ujian bertulis. Petua menjawab, (jadilah diri anda yang sebenar).. bukan menjadi diri anda yang terbaik. Selalu diingatkan bahawa PTD tidak mencari orang yang terbaik, tetapi kita perlu menjadi yang terbaik buat diri kita. Iaitu jujur pada diri kita sendiri. Ketiga hadir di Accessment Centre. (PAC). Perlu diingat juga bahawa hanya yang berjaya dalam ujian sahaja yang akan dipanggil untuk PAC. Biasanya tiga hari dua malam.. akan diadakan di INTAN diseluruh negara. Terbaru INSTUN Behrang juga menjadi pusat PAC. Tertarik dengan apa yang saya lihat dengan mata saya sendiri, sewaktu menguruskan pendaftaran calon PAC di INSTUN Behrang baru-baru ini, saya secara peribadi sangat2 terkilan. Ramai yang datang tanpa etika pakaian yang betul. Dress make sentences. Itu yang selalu saya pesan dalam diri saya. Itulah juga pesanan kepada semua yang mengintai jawatan PTD. Mesti formal. Not casual. Ada yang datang dengan sendal. Tak ubah macam gaya nak ke majlis kawinJ. Itu cerita awal pendaftaran. Banyak lagi pasal PAC. Pengisian selama tiga hari dua malam.( insyaallah kalau ada masa nanti saya ceritakan pengisiannya). Dan terakhir menghadiri temuduga. Hanya yang tersenarai pendek sahaja yang akan dipanggil. Sama macam kerjaya lain, temuduga PTD mungkin lebih mencabar. Tak perlu jawab setiap soalan dengan tepat, tetapi yang penting yakin bahawa jawapan yang kita beri adalah tepat. Untuk itu, persediaan mesti 101%. Supaya setiap soalan kita ada idea untuk jawapan. Tips terbaik ialah jangan tunjukkan bahawa anda terlalu bijak dan tahu semua perkara. Logiknya, tiada manusia yang sempurna dan tahu semua perkara. Pada saya PTD tidak mencari kebijaksanaan. Tetapi harus bijaksana mencari setiap perkara yang hadir depan mereka.

PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK

:-)Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik


Saya akan gunakan ruang blog saya ini untuk bercerita everything about PTD. Ape yang best dan ape yang tak best dalam perkhidmatan ni. Saya yakin ramai di luar sana yang inginkan kerjaya sebagai PTD. Kerjaya yang mendapat jolokan terbaik dalam perkhidmatan awam. Sebagai intro, saya nak jelaskan pada semua bahawa setiap pekerjaan mempunyai nilai tersendiri. Siapa kita dan apa yang kita buat pokok pangkalnya tetap sebagai ibadah selagi kita lakukannya dengan penuh keikhlasan dan dedikasi. Saya sebagai seorang PTD langsung tidak pernah merasa bahawa diri saya terhebat, kerana saya yakin Allah lebih hebat. Dia tahu inilah yang terbaik untuk saya.

Friday, June 6, 2008

istemewa untuk zai & kak nora

:-) kata org tak kenal maka tak cinta....

pembangunan MODAL INSAN

Kecemerlangan modal insan menjadi satu revolusi baru bagi negara dalam usaha melahirkan lebih ramai masyarakat yang bermutu untuk pembangunan negara. Revolusi ini merupakan satu revolusi ke arah kejayaan yang mendapat cetusan idea dari YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Dalam usaha melahirkan modal insan yang bermutu tinggi ini, generasi muda diharapkan dapat menjadi aset Malaysia yang paling berharga. Hal ini penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk mewujudkan sebuah Negara Bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Pembangunan modal insan turut menjadi elemen penting dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Dalam fasa mencapai misi nasional ini, “meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama” ( Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010) digariskan sebagai salah satu misi yang ingin dicapai. Untuk tujuan itu, beberapa pendekatan akan diambil, antaranya ialah dengan memajukan tahap pendidikan, meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi, memanfaatkan peranan wanita dalam pembangunan, mengukuhkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan sebagainya. Modal insan merujuk kepada “individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing” (Pembangunan Modal Insan Penjana Wawasan 2020, 2007). Modal insan yang unggul dan bermutu inilah yang menjadi jentera kepada perkhidmatan awam.
Perkhidmatan awam juga memainkan peranan yang cukup penting sebagai medium pembangunan negara. ‘Perkhidmatan awam telah menjadi engine of growth kepada negara’ (Asan Ali, 2005) dan fungsi ini diharap terus relevan untuk masa akan datang. Namun begitu, sebagai jentera kerajaan, perkhidmatan awam sering terdedah dengan pelbagai spekulasi dan tanggapan negatif dari pihak luar. Keberkesanan sistem penyampaian sering menjadi topik panas untuk diperdebatkan kerana perkhidmatan ini memerlukan hubungan langsung antara kerajaan dan orang awam. Perkhidmatan di kaunter misalnya, acap kali mendapat cemuhan apabila ada di antara pelanggan dilayan dengan layanan yang kurang memuaskan. Petugas kaunter yang garang, lambat melayan pelanggan, cerewet, dan tidak mesra seakan-akan menjadi ikon bagi perkhidmatan ini.

Di samping itu, perkhidmatan awam juga berhadapan dengan isu rasuah dan salah guna kuasa yang serius. Lewat kebelakangan ini kita digemparkan dengan penahanan 72 orang kakitangan kerajaan yang dituduh terlibat dengan rasuah. Hal ini memberi gambaran jelas kepada kita bahawa integriti dan semangat kerja sudah semakin terhakis dari jiwa para penjawat awam. Lebih menggusarkan lagi apabila masalah rasuah dan salah guna kuasa ini, bukan sahaja melibatkan para pekerja di peringkat sokongan tetapi juga telah menular dikalangan golongan profesional dan pengurusan. Hal ini telah memberi imej buruk kepada pekhidmatan awam dan contoh yang tidak baik kepada para pekerja. Jika dahulu kita mendengar pekerja di peringkat sokongan mengambil rasuah kerana desakan hidup dan jumlah gaji yang tidak seberapa, tetapi kini apabila pekerja kumpulan profesional dan pengurusan yang turut terlibat, maka ia seakan suatu tamparan hebat kepada institusi perkhidmatan awam.

‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Begitu jugalah dengan perkhidmatan awam. Sebagai sebuah institusi yang menerajui pentadbiran negara, usaha meningkatkan mutu perkhidmatan adalah perlu dan tidak boleh tidak mesti dilaksanakan untuk menghasilkan para pekerja yang berdedikasi. Hanya melalui penambahan ilmu sahaja yang memungkinkan usaha ini mencapi kejayaan. ‘Orang yang kurang ilmunya tentulah tidak dapat berfikir seperti orang yang tinggi ilmunya, dan orang yang berilmu itu tentulah mempunyai sikap dan pendirian berbeza dengan orang-orang jahil dalam sesuatu situasi yang tertentu’ (Ismail Ibrahim, 1999). Dalam konteks ini, penambahan ilmu yang dimaksudkan adalah dengan memperkasakan lagi institusi pendidikan supaya akan lahir lebih ramai para cendiakawan yang bakal menerajui pentadbiran negara. Untuk melahirkan modal insan yang berprestij kita tidak boleh menafikan betapa pentingnya institusi pendidikan. Langkah membina lebih banyak pusat pengajian sama ada di peringkat sekolah atau universiti merupakan batu asas yang kukuh dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang dan berintegriti. ’Dr. Mahathir mahu rakyatnya, terutama orang melayu, melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sebagai persediaan menghadapi masa depan yang lebih mencabar dalam bidang politik, ekonomi, dan pendidikan untuk menjadikan bangsa Malaysia suatu bangsa yang unggul (S. Hashim Ahmad, 2003). Keinginan dan hasrat mantan Perdana Menteri ini sebenarnya mempunyai satu misi yang amat jelas dalam usaha membentuk Malaysia yang maju dan berdaya saing. Hanya pendidikan yang baik dan sempurna akan menjamin lahirnya masyarakat yang mampu membawa negara menuju ke arah wawasan yang ingin dicapai. Hal ini sejajar dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran ’ Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran’ (Surah Al-Zumar:9) Dalam konteks ini, masyarakat bijak pandai inilah yang akan menerajui perkhidmatan awam dan bakal membawa perkhidmatan ini ke satu tahap yang membanggakan.

Walaubagaimanapun, pendidikan semata-mata tanpa mengambil kira aspek ketuhanan mungkin tidak mampu melahirkan modal insan yang unggul. Kehidupan insan yang sebenar-sebenarnya cemerlang adalah suatu kehidupan yang tidak membelakangkan agama dalam setiap tindakan. Justeru, kita percaya bahawa tidak ada agama di dunia yang membenarkan penganutnya berbuat kejahatan. Berbalik kepada isu rasuah dan salah guna kuasa di kalangan penjawat awam, apa yang menjadi persoalannya ialah dimanakah pegangan agama dan integriti bagi individu yang terlibat?. Kita maklum bahawa untuk melahirkan modal insan kelas pertama, berprestij dan cemerlang satu perkara yang kita tidak boleh lari daripadanya ialah dengan mematuhi setiap suruhan dalam agama. ‘Mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai moral dan etika yang berasaskan konsep ketuhanan amatlah penting dan berkesan untuk mewujudkan masyarakat bersih dari rasuah (Ismail Ibrahim, 1999). Dengan asas agama yang kukuh kita yakin dan percaya bahawa walau apa juga cabaran yang dihadapi dalam dunia pekerjaan bagi penjawat awam, penyelesaian dan langkah yang diambil pastinya menjurus kepada penyelesaian yang berhemah dan berintegriti. Hal ini jelas kepada kita bahawa sebagai penjawat awam aspek keagamaan dan ketuhanan tidak boleh diabaikan dalam usaha kita menjadikan perkhidmatan awam sebagai satu perkhidmatan yang berprestij.

Penghargaan dan pengiktirafan juga memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama. Jika diimbas kembali kenangan di bangku sekolah dahulu, kita pastinya terimbau kenangan menaiki pentas menerima hadiah pada setiap kali hari anugerah kecemerlangan diadakan. Mesej jelas di sini bahawa penghargaan akan melahirkan individu yang giat berusaha. ’Mengumumkan setiap kejayaan, pencapaian atau inovasi baru, bukan sahaja sebagai pengiktirafan tetapi juga untuk dicontohi. (MAMPU, 1989). Pendekatan ini mungkin dipandang sebelah mata bagi sesetengah pihak, tetapi usaha yang telah dijalankan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Kualiti, Anugerah Maulidurrasul, dan sebagainya telah memberi contoh tauladan dan suntikan kepada kita agar meningkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan awam. Antara lain, kenaikan pangkat dan gaji kakitangan awam juga menyumbang kepada usaha ini. Gaji dan kenaikan pangkat turut diklasifikasikan sebagai imbuhan dan perangsang bagi penjawat awam supaya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Secara keseluruhannya ia bakal melahirkan penjawat awam yang lebih berintegriti, berdaya saing, bersikap lebih terbuka dan telus dalam menjalankan tugas mereka. ’Keupayaan untuk menjadi lebih terbuka dan telus akan mempertingkatkan kredibiliti perkhidmatan awam di kacamata orang ramai dan stakeholder’ (Ahmad Sarji Abdul Hamid,1995). Hasil yang diharapkan ialah dengan pendekatan ini, maka akan lebih ramai penjawat awam menjadikan mutu kerja mereka sebagai elemen penting dalam kehidupan seharian.

Realitinya, apa yang telah digariskan di atas hanyalah sebahagian daripada langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam di Malaysia. Saban waktu, pelbagai pendekatan baru dicuba dan diperbaiki bagi memastikan hasrat dan impian melahirkan modal insan kelas pertama dapat dicapai. Namun apa yang pasti, method yang digunakan hanyalah sebahagian daripada aspek yang perlu dipenuhi. Jauh daripada itu, keinginan dan kesediaan penjawat awam melakukan anjakan paradigma pada mutu perkhidmatan mereka adalah lebih penting. Tanpa kesediaan dan keinginan yang tinggi rasanya adalah mustahil hasrat ini dapat dicapai. Sebagai penjawat awam, kita seharusnya menanamkan impian untuk memastikan mutu perkhidmatan kita dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dan kita seharusnya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada penyumbang ke arah kemakmuran negara. Natijahnya, apa pun yang berlaku kita harus mengimbau kembali perit jerih penjawat awam membantu negara sehingga sampai ke tahap Malaysia pada hari ini. Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020 yang secara keseluruhannya mampu menjana kemakmuran dan kestabilan ekonomi dan politik yang mapan. Justeru, walau di manapun kita berada, sama ada sebagai penjawat awam atau rakyat biasa, janganlah kita sekadar menuding jari atau menyalahkan sesuatu pihak sahaja tanpa mengambil kira tanggungjawab kita yang mungkin telah kita abaikan. Keranamu Malaysia, kami anak pasca merdeka, bukan sekadar melafazkan setia, malah menyanggupi apa saja, kendatipun nyawa galang gantinya!

motivasikan diri anda

anda pasti pernah mengalami situasi seperti saya. satu pagi yang indah anda terjaga dari tidur dan terus melaksanakan setiap tanggungjawab anda. kemudian terus sahaja ke tempat kerja. tetapi tiba2 mood anda berubah. anda menjadi murung, sedih, malas dan tidak bertenaga. anda seperti hendak menangis dan wajah anda mempamerkan yang anda sangat2 tidak ceria. waktu itu anda mahu sahaja meninggalkan tempat kerja untuk pulang ke rumah. pada anda tidak ada apa yang dapat dilakukan hari itu kerana anda sememangnya "malas" "tidak ceria" "bosan" dan sebagainya. keadaan anda tersebut lebih terganggu apabila kawan2 ditempat kerja anda memulakan kerja mereka dengan bercerita dan "borak kosong" di awal pagi. mood anda yang sememangnya "sedang sakit" akan bertambah sakit dengan karenah mereka. untuk menenangkan fikiran anda mungkin duduk di tempat anda untuk bersendirian. tetapi dalam saat begini tiba2 pula kenangan hidup anda yang dulu terbayang di depan mata anda. anda teringat sewaktu anda dimarahi ibu dan ayah, anda teringat kenakalan anda semasa di sekolah, anda terbayangkan wajah kekasih anda yang telah pergi meninggalkan anda, anda terkenang hutang anda yang belum dilangsaikan, pendek kata anda ingat setiap perkara dalam hidup anda. namun yang aneh anda hanya mengingati perkara2 yang sedih2 sahaja. anda terasa syahdu dan ingatan anda terus memproses kenangan2 yang sedih itu. tangan anda pula dengan pantasnya menghidupkan komputer di depan anda. memilih lagu2 yang sentimental untuk didendangkan. pasti waktu itu bukan masa yang sesuai untuk anda bersedih.anda sedang berada di tempat kerja. teman2 pasti menyedari kemurungan anda. sedar atau tidak anda sebenarnya telah meletakkan diri anda dalam satu situasi yang sangat merbahaya. anda gagal mengawal emosi anda. padahal anda telah memulakannya dengan baik. buktinya anda berjaya bangun dari tidur awal pagi dan melaksanakan setiap tanggungjawab anda. saya sendiri tertanya2 bagaimana mood saya boleh berubah dalam sekelip mata. anda juga pasti mempunyai persoalan yang sama dengan saya............anda tahu apa yang kita perlukan? kita perlukan motivasi dan sesuatu yang dapat memotivasikan kita:) .....sambungannya akan menyusul kemudian

Thursday, June 5, 2008

istimewa untuk Ana

kisah suka & duka kita...:)
aku tau ko pasti menitikkan air mata syahdu bila bc ruangan ni. utk teman sebaik ko dlm hidupku.. ko tau kan betapa jatuh dan bangunku selama ni adalah sebahagian dari langkah yang perlu aku gagahi untuk sampai ketahap ini.. kadang ada org yg mentertawakan aku. ada juga yang langsung bingung melihat karenahku.
cerita maduku..
nampaknye kite leh ketawa jelah skrg. kisah maduku. watak utama dalam cerita yang kita arahkan sendiri telah lama pergi.. ko tahu kenapa? kerana bingung dengan karenahku. atau............ aku meluat dgn lakonannya.

kita yang masih terlena

harga minyak naik lagi.. bagus jugak. kurang kesesakan lalu lintas sebab ramai yang akan berjalan kaki pergi kerja.. bagus jugak hujah ni sebab kalau saya keluarkan hujah ni tentu ramai orang yang akan menyokong saya... orang bijak pandai selalu menyebut "berfikir sebelum berkata-kata".. maka tidak bijak lah orang yang hanya berkata-kata tanpa berfikir kesannya...:-)

kita belum terjaga dari lena

menyebut sesuatu tentang keadaan kita pada hari ini, tidak kira ekonomi, politik, sukan , agama atau apa saja yang kita ingin sebut dan utarakan hati kita pasti terdetik, beranikah kita untuk bersuara? atau setidak-tidaknya meluahkan pendapat dan isi hati. itu natijah kita hari ini. takut untuk bersuara. takut untuk meluahkan pendapat walaupun apa yang kita cuba kemukakan adalah fakta yang sahih kebenarannya. mitos filem india telah banyak memberi pengajaran pada kita. di mana yang berkuasa akan teru menguasai. yang miskin terus tertindas dan menderita. polis yang baik pasti dibuang kerja. melepaskan diri dalam tahanan penjara. ditembak tapi tetap bangun menyelamatkan maruah negara dan bangsa.kesudahannya, seperti juga dalam cerita melayu kita...renung2kan

Di mana boleh cari ramai orang melayu

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Juga di pertandingan Bowling kilangku
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu
Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju
BOleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu

metaforafirdausi

.... nama ape? itulah persoalan pertama yg kuar dlm ingatan bl 1st nk wat blog..metaforafirdausi..syurga..kenapa? nanti suatu hari akan tahu juga kenape.. my housemate, Ka'it sure ko tau nape aku letak nama yg istimewa ni.. my bestfriend, hamudi..tq.. u ar mybestfrend:) mesti ko terharu kan bl bc...(now u talking).

salam perkenalan

buat semua blogger... akulah org baru dlm dunia blog. selalu tengok blog kwn2, arini aku teringin nak ade blog aku sendiri.. so nk dipendekkn cerita inilah blog aku. yg akan menyingkap seluruh persoalan hidup. gembira, suka dan duka.. salam perkenalan untuk semua

Aku Maafkan Kamu

Aku suka lagu ni..penuh pengertian yang sangat dalam maksudnya...



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarnasi dari penghuni dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup



Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya





Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir

alif ba ta



(Alif)

Ada teratak di hujung kampung



(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak



(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak