Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, June 6, 2008

pembangunan MODAL INSAN

Kecemerlangan modal insan menjadi satu revolusi baru bagi negara dalam usaha melahirkan lebih ramai masyarakat yang bermutu untuk pembangunan negara. Revolusi ini merupakan satu revolusi ke arah kejayaan yang mendapat cetusan idea dari YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia yang kelima. Dalam usaha melahirkan modal insan yang bermutu tinggi ini, generasi muda diharapkan dapat menjadi aset Malaysia yang paling berharga. Hal ini penting bagi merealisasikan hasrat negara untuk mewujudkan sebuah Negara Bangsa yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Pembangunan modal insan turut menjadi elemen penting dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Dalam fasa mencapai misi nasional ini, “meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama” ( Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010) digariskan sebagai salah satu misi yang ingin dicapai. Untuk tujuan itu, beberapa pendekatan akan diambil, antaranya ialah dengan memajukan tahap pendidikan, meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi, memanfaatkan peranan wanita dalam pembangunan, mengukuhkan institusi kekeluargaan, masyarakat dan sebagainya. Modal insan merujuk kepada “individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing” (Pembangunan Modal Insan Penjana Wawasan 2020, 2007). Modal insan yang unggul dan bermutu inilah yang menjadi jentera kepada perkhidmatan awam.
Perkhidmatan awam juga memainkan peranan yang cukup penting sebagai medium pembangunan negara. ‘Perkhidmatan awam telah menjadi engine of growth kepada negara’ (Asan Ali, 2005) dan fungsi ini diharap terus relevan untuk masa akan datang. Namun begitu, sebagai jentera kerajaan, perkhidmatan awam sering terdedah dengan pelbagai spekulasi dan tanggapan negatif dari pihak luar. Keberkesanan sistem penyampaian sering menjadi topik panas untuk diperdebatkan kerana perkhidmatan ini memerlukan hubungan langsung antara kerajaan dan orang awam. Perkhidmatan di kaunter misalnya, acap kali mendapat cemuhan apabila ada di antara pelanggan dilayan dengan layanan yang kurang memuaskan. Petugas kaunter yang garang, lambat melayan pelanggan, cerewet, dan tidak mesra seakan-akan menjadi ikon bagi perkhidmatan ini.

Di samping itu, perkhidmatan awam juga berhadapan dengan isu rasuah dan salah guna kuasa yang serius. Lewat kebelakangan ini kita digemparkan dengan penahanan 72 orang kakitangan kerajaan yang dituduh terlibat dengan rasuah. Hal ini memberi gambaran jelas kepada kita bahawa integriti dan semangat kerja sudah semakin terhakis dari jiwa para penjawat awam. Lebih menggusarkan lagi apabila masalah rasuah dan salah guna kuasa ini, bukan sahaja melibatkan para pekerja di peringkat sokongan tetapi juga telah menular dikalangan golongan profesional dan pengurusan. Hal ini telah memberi imej buruk kepada pekhidmatan awam dan contoh yang tidak baik kepada para pekerja. Jika dahulu kita mendengar pekerja di peringkat sokongan mengambil rasuah kerana desakan hidup dan jumlah gaji yang tidak seberapa, tetapi kini apabila pekerja kumpulan profesional dan pengurusan yang turut terlibat, maka ia seakan suatu tamparan hebat kepada institusi perkhidmatan awam.

‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. Begitu jugalah dengan perkhidmatan awam. Sebagai sebuah institusi yang menerajui pentadbiran negara, usaha meningkatkan mutu perkhidmatan adalah perlu dan tidak boleh tidak mesti dilaksanakan untuk menghasilkan para pekerja yang berdedikasi. Hanya melalui penambahan ilmu sahaja yang memungkinkan usaha ini mencapi kejayaan. ‘Orang yang kurang ilmunya tentulah tidak dapat berfikir seperti orang yang tinggi ilmunya, dan orang yang berilmu itu tentulah mempunyai sikap dan pendirian berbeza dengan orang-orang jahil dalam sesuatu situasi yang tertentu’ (Ismail Ibrahim, 1999). Dalam konteks ini, penambahan ilmu yang dimaksudkan adalah dengan memperkasakan lagi institusi pendidikan supaya akan lahir lebih ramai para cendiakawan yang bakal menerajui pentadbiran negara. Untuk melahirkan modal insan yang berprestij kita tidak boleh menafikan betapa pentingnya institusi pendidikan. Langkah membina lebih banyak pusat pengajian sama ada di peringkat sekolah atau universiti merupakan batu asas yang kukuh dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang dan berintegriti. ’Dr. Mahathir mahu rakyatnya, terutama orang melayu, melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu sebagai persediaan menghadapi masa depan yang lebih mencabar dalam bidang politik, ekonomi, dan pendidikan untuk menjadikan bangsa Malaysia suatu bangsa yang unggul (S. Hashim Ahmad, 2003). Keinginan dan hasrat mantan Perdana Menteri ini sebenarnya mempunyai satu misi yang amat jelas dalam usaha membentuk Malaysia yang maju dan berdaya saing. Hanya pendidikan yang baik dan sempurna akan menjamin lahirnya masyarakat yang mampu membawa negara menuju ke arah wawasan yang ingin dicapai. Hal ini sejajar dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran ’ Katakanlah (wahai Muhammad) adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?. Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran’ (Surah Al-Zumar:9) Dalam konteks ini, masyarakat bijak pandai inilah yang akan menerajui perkhidmatan awam dan bakal membawa perkhidmatan ini ke satu tahap yang membanggakan.

Walaubagaimanapun, pendidikan semata-mata tanpa mengambil kira aspek ketuhanan mungkin tidak mampu melahirkan modal insan yang unggul. Kehidupan insan yang sebenar-sebenarnya cemerlang adalah suatu kehidupan yang tidak membelakangkan agama dalam setiap tindakan. Justeru, kita percaya bahawa tidak ada agama di dunia yang membenarkan penganutnya berbuat kejahatan. Berbalik kepada isu rasuah dan salah guna kuasa di kalangan penjawat awam, apa yang menjadi persoalannya ialah dimanakah pegangan agama dan integriti bagi individu yang terlibat?. Kita maklum bahawa untuk melahirkan modal insan kelas pertama, berprestij dan cemerlang satu perkara yang kita tidak boleh lari daripadanya ialah dengan mematuhi setiap suruhan dalam agama. ‘Mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai moral dan etika yang berasaskan konsep ketuhanan amatlah penting dan berkesan untuk mewujudkan masyarakat bersih dari rasuah (Ismail Ibrahim, 1999). Dengan asas agama yang kukuh kita yakin dan percaya bahawa walau apa juga cabaran yang dihadapi dalam dunia pekerjaan bagi penjawat awam, penyelesaian dan langkah yang diambil pastinya menjurus kepada penyelesaian yang berhemah dan berintegriti. Hal ini jelas kepada kita bahawa sebagai penjawat awam aspek keagamaan dan ketuhanan tidak boleh diabaikan dalam usaha kita menjadikan perkhidmatan awam sebagai satu perkhidmatan yang berprestij.

Penghargaan dan pengiktirafan juga memainkan peranan yang penting dalam usaha melahirkan modal insan kelas pertama. Jika diimbas kembali kenangan di bangku sekolah dahulu, kita pastinya terimbau kenangan menaiki pentas menerima hadiah pada setiap kali hari anugerah kecemerlangan diadakan. Mesej jelas di sini bahawa penghargaan akan melahirkan individu yang giat berusaha. ’Mengumumkan setiap kejayaan, pencapaian atau inovasi baru, bukan sahaja sebagai pengiktirafan tetapi juga untuk dicontohi. (MAMPU, 1989). Pendekatan ini mungkin dipandang sebelah mata bagi sesetengah pihak, tetapi usaha yang telah dijalankan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang, Anugerah Kualiti, Anugerah Maulidurrasul, dan sebagainya telah memberi contoh tauladan dan suntikan kepada kita agar meningkatkan kualiti perkhidmatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan awam. Antara lain, kenaikan pangkat dan gaji kakitangan awam juga menyumbang kepada usaha ini. Gaji dan kenaikan pangkat turut diklasifikasikan sebagai imbuhan dan perangsang bagi penjawat awam supaya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka. Secara keseluruhannya ia bakal melahirkan penjawat awam yang lebih berintegriti, berdaya saing, bersikap lebih terbuka dan telus dalam menjalankan tugas mereka. ’Keupayaan untuk menjadi lebih terbuka dan telus akan mempertingkatkan kredibiliti perkhidmatan awam di kacamata orang ramai dan stakeholder’ (Ahmad Sarji Abdul Hamid,1995). Hasil yang diharapkan ialah dengan pendekatan ini, maka akan lebih ramai penjawat awam menjadikan mutu kerja mereka sebagai elemen penting dalam kehidupan seharian.

Realitinya, apa yang telah digariskan di atas hanyalah sebahagian daripada langkah-langkah yang diambil bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam di Malaysia. Saban waktu, pelbagai pendekatan baru dicuba dan diperbaiki bagi memastikan hasrat dan impian melahirkan modal insan kelas pertama dapat dicapai. Namun apa yang pasti, method yang digunakan hanyalah sebahagian daripada aspek yang perlu dipenuhi. Jauh daripada itu, keinginan dan kesediaan penjawat awam melakukan anjakan paradigma pada mutu perkhidmatan mereka adalah lebih penting. Tanpa kesediaan dan keinginan yang tinggi rasanya adalah mustahil hasrat ini dapat dicapai. Sebagai penjawat awam, kita seharusnya menanamkan impian untuk memastikan mutu perkhidmatan kita dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dan kita seharusnya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada penyumbang ke arah kemakmuran negara. Natijahnya, apa pun yang berlaku kita harus mengimbau kembali perit jerih penjawat awam membantu negara sehingga sampai ke tahap Malaysia pada hari ini. Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020 yang secara keseluruhannya mampu menjana kemakmuran dan kestabilan ekonomi dan politik yang mapan. Justeru, walau di manapun kita berada, sama ada sebagai penjawat awam atau rakyat biasa, janganlah kita sekadar menuding jari atau menyalahkan sesuatu pihak sahaja tanpa mengambil kira tanggungjawab kita yang mungkin telah kita abaikan. Keranamu Malaysia, kami anak pasca merdeka, bukan sekadar melafazkan setia, malah menyanggupi apa saja, kendatipun nyawa galang gantinya!

No comments:

Aku Maafkan Kamu

Aku suka lagu ni..penuh pengertian yang sangat dalam maksudnya...



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarnasi dari penghuni dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup



Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya





Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir

alif ba ta



(Alif)

Ada teratak di hujung kampung



(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak



(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak