Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, May 3, 2009

selamat tinggal INSTUN & welcome DPA

4 Mei 2009....dua minggu yang terakhir ni, hati sebenarnya tak tenteram. antara dua perkara yang utama dalam hidup saya bagi tahun 2009. pertama selamat tinggal INSTUN. dan yang kedua, welcome DPA. kalau diberi pilihan, saya mahu untuk terus di bumi instun ini. bumi yang tenang, jauh dari kesibukan kota yang memeningkan. bumi yang hijau seluas mata yang memandang. dikaki banjaran titiwangsa yang sangat mendamaikan. bumi ini menjadi destinasi pertama saya mencurah keringat memajukan perkhidmatan awam yang ada masa disangkal keupayaannya. bumi ini juga menjadi saksi kekuatan sebuah persahabatan, percintaan dan persaudaraan. bumi ini terlalu banyak berjasa membangunkan modal insan kelas pertama. bumi ini juga bertanggungjawab akan kelahiran lebih ramai individu yang mahir dan bijaksana. bumi ini terlalu bertuah. terlalu istimewa dan ada kenangan di sini yang tak mungkin dapat saya lupakan. adat betandang, tiba masa perlu mengundur diri jua. adat bertemu tiba masa pasti akan terpisah. ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.
lebih setahun di bumi instun, bersama asam garam kerja dan suasana yang jauh berbeza dengan tempat kerja saya yang terdahulu. sebelum ini saya hanya tahu soal pendapatan, masa dan peraturan. walau ada ketika saya terpaksa menafikan soal hati dan perasaan. tindakan berdasarkan sasaran dan keputusan berpandukan target dan sasaran. itu lumrah bekerja. dan itu juga adat dalam kehidupan. tetapi itu tidak terlalu penting sebenarnya. kerana setahun di sini mengajar saya bertindak berpandukan rasa perikemanusiaan, permuafakatan dan kasih sayang sesama manusia.
PERSAHABATAN
adat berkawan, pasti ada yang akrab dan sebaliknya. saya merasainya di sini. di bumi yang jauh dari teman-teman lama seangkatan di university dahulu. mulanya saya menjadikan pengalaman lama sebagai asas persahabatan saya. konsep memberi dan menerima. persahabatan juga begitu. bukan sekadar mengharapkan sahabat kita berbuat baik dengan kita, tetapi jauh dari itu ialah membuat yang terbaik untuk sahabat-sahabat kita. hakikatnya saya bukanlah yang terbaik dalam bersahabat. seerat simpulan yang tidak terbuka, seteguh langit tinggi menongkah dunia....terima kasih sahabat-sahabatku di instun, untuk kait & carol. ingatlah selalu bahawa ukhwah kita indah, kerana kita bertemu dan berpisah keranaNya. walau selepas perpisahan ini kita akan bertemu dalam suasana yang sangat berbeza tetapi kita tetap kita walau siapapun kita.
PERCINTAAN
fitrah manusia untuk saling melengkapi lantas Allah jadikan Hawa sebagai penawar kepada kesunyian Adam. dan kerana fitrah itu juga saya menyahut perkenalannya.. bagaimana ia datang dan tumbuh di hati saya. terlalu singkat dan pantas. penuh dengan hikmah dan maksud yang perlu saya pelajari. Pada mulanya, saya akui melalui hari sepi tanpa cinta, tanpa kata-kata manis dan gurauan. juga tanpa bicara rindu dari seorang yang layak dinamakan kekasih. Tapi pada ketika itu, yang hadir dalam hidup saya adalah kata-kata semangat dan peransang, didikan yang penuh hikmah dan gurau senda yang amat menyenangkan. dari seseorang yang sejak sekian lama namanya terpahat di hati. memang tiada ungkapan rindu, malah juah sekali kata-kata cinta. namun saya sedar itu bukan jaminan bahagia. Lantas pada Allah swt yang maha pecinta, saya sandarkan harapan saya. moga jodoh itu tiba. bukan takut pada peningkatan usia tetapi saya lebih takutkan akan kurangnya pahala yang dapat saya kumpul sebagai isteri yang solehah. Allah itu maha mengetahui, setiap yang terbaik dan perancanganNya pasti indah untuk setiap hambaNya. Justeru, tidak dilambatkanNya permohonan hamba yang lemah ini. Alhamdulillah.. saya meyakini bahawa inilah jodoh yang terbaik ciptaan Allah untuk saya. bukan untuk dipuji dan dipuja, tetapi untuk dihormati dan didengari keinginan serta keluh kesahnya, di bangunkan jika terjatuh, dihargai bila diberi, dipimpin dan saling memimpin, dikasihi dan mengasihi, dicintai dan menyintai. kamar hatiku sekian lama, suram dan sepi kekosongan, aku mencari insan sejati tuk menemani hidupku, adam dan hawa diciptakanNya, disulam rasa kasih sayang, agar bersemi ketenangan dan kedamaian di hati. kuharap hanya keikhlasan dan kurindukan keramahan, aku inginkan kemesraan berkekalan berpanjangan, mengasihimu dikasihi, menyayangimu disayangi, merindui dan dirindui saling mengerti dihati, biar hilang kabus diwajahku, biar tenang resah didadaku, terimalah serta kabulkan harapan ini ...oh tuhan . kumelafazkan kata penuh makna, bersaksi tuhan yg maha pemurah, hidup mati jodoh pertemuan, ditentu Allah yang esa, perkenankan hasrat dihatiku...moga impian kan dirahmati dipertemukan serikandi susah dan senang sama harungi demi cinta yang hakiki...
Demi sebuah perhubungan ini, saya tidak menjanjikan yang terbaik tetapi akan terus berusaha membaiki kelemahan diri untuk kita saling melengkapi.
PERSAUDARAAN
Setiap anak adam itu bersaudara. kita juga adalah bersaudara. bersaudara sedarah sedaging atau bersaudara seagama.. di sisi Tuhan kita tetap punya tangungjawab yang sama ke atas saudara kita. saya tidak pasti apakah saya telah melaksanakan tangungjawab yang baik ke atas semua saudara saya. rasanya banyak hati saudara yang terguris angkara saya. banyak yang tercalar dek kerana tindakan saya. setahun di sini mengajar saya untuk lebih berhati-hati. berhati-hati dalam soal bicara dan tindakan. pepatah menyebut lidah itu lebih tajam dari pedang. ada benarnya. dan saya belajar hakikat itu di bumi instun ini. bagaimana saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa cuba mengguris hati sesiapa. hakikatnya, memang agak sukar. pernah suatu ketika, saya tersentak dengan ucapan saya. saya tahu ia mengguris hati. hati orang yang mendengarnya. hati orang yang yang tulus menyayangi saya. tergamaknya saya. tetapi itulah pengajarannya.. (biar hanya kita berdua yang tahu)....
Bumi instun bakal kutinggalkan. mungkin aku akan kembali atau mungkin juga aku akan terus melangkah meninggalkan pergi. melaksanakan tangungjawabku di tempat lain dengan cabaran yang lain. kalau ditanya pada perasaan, aku pasti gembira kerana bakal mengecap pengalaman baru dalam hidupku. tetapi jika ditanya pada hati, aku sebenarnya ingin terus di sini.!!! dan bila ditanya pada akalku, aku hakikatnya perlu menerima setiap putaran dalam kehidupan ini. perlu idealistik dan realistik.!!! yang aku perlukan dalan hidup bukan sekadar merasai SELESA. tetapi lebih jauh daripada itu...!! Selamat Datang pada dunia DPA. khabarnya akan menjadi dunia yang penuh kesibukan, komitmen dan pengorbanan. moga Allah terus memberi kekuatan pada diri ini. penuh sabar dan tenang. melangkah terus tanpa henti demi mengecap lebih dari sekadar keSELESAan diri.. Amin.......

No comments:

Aku Maafkan Kamu

Aku suka lagu ni..penuh pengertian yang sangat dalam maksudnya...



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarnasi dari penghuni dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup



Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya





Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir

alif ba ta



(Alif)

Ada teratak di hujung kampung



(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak



(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak