Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, October 16, 2008

bonus kakitangan awam

hari raya aidilfitri dah pun berlalu. bagi masyarakat India, persiapan menyambut Deepavali pasti sedang rancak dilakukan. apa pun yang kita lakukan dan siapapun kita saya suka mengajak pemikiran anda semua memikirkan hal berkaitan bonus kakitangan awam yang menjadi isu dan menimbulkan pelbagai persepsi oleh kakitangan bukan awam terutamanya.

saya sendiri, turut merasa tempiasnya. walaupun hari raya yang dah berlalu disambut dengan penuh gembira dan meriah(alhamdulillah) tetapi telinga saya ini turut tidak terlepas mendengar kata-kata sinis berkenaan bayaran bonus kakitangan awam.. dalam keadaan politik Malaysia yang sedikit terganggu dan pastinya kakitangan awam dijadikan sasaran untuk mengatakan kelemahan sistem penyampaian kerajaan.ditambah pula dengan pembayaran bonus setahun_minimum RM1000 untuk semua kakitangan awam. kalau nak dikira perasaaan sakit hati, saya yakin ramai kakitangan awam yang dah give up dan meninggalkan kerjaya ini.

isu sakit hati dan perasaan marah bukanlah isu yang cuba saya ketengahkan. tetapi sebagai bekas mahasiswa fakulti ekonomi university utara malaysia, saya melihat pembayaran bonus ( bukan sahaja untuk kakitangan awam, tetapi oleh semua syarikat swasta) merupakan satu rahmat untuk semua. dalam ekonomi perbelanjaan kerajaan G merupakan suntikan dalam ekonomi yang boleh membawa kepada peningkatan pendapatan Y. bagaimana ia boleh berlaku? dalam ekonomi ada satu terms yang disebut nilai pengganda wang. ...

ada mesyuarat.. ( saya sambung kemudian)

pasangan yang terbaik

penulisan yang sekadar utk rujukan dan renungan peribadi.. mungkin betul dengan apa yang sering disebut oleh teman istimewa saya. "Pemilihan pasangan seorang PTD". mungkin saya bukan seorang sahaja yang berhadapan dengan dilema ini. saya yakin dan percaya ramai lagi di luar sana yang berhadapan dengan masalah yang sama. actually ini bukanlah masalah yang besar. tetapi ia mungkin boleh menjadi besar sekiranya kita tidak menanganinya dengan bijak.
jika ditanya kepada ibu dan ayah yang memiliki anak seorang PTD, pasti mereka berbangga dan bersyukur dengan kerjaya anak mereka. anak yang dilahir dan dibesarkan memegang jawatan utama dalam sektor awam. kerjaya ini mendapat jolokan yang "istimewa" dikalangan penjawat awam. tetapi bagaimana pula keadaannya jika seorang yang ingin mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang PTD. saya rasakan tak semua orang akan gembira dan bersedia. kerana apa?.. kerana imej PTD yang diwar-warkan sebagai seorang yang sibuk, selalu out-station, sering tinggalkan keluarga dan akhirnya keluarga terabai... pada saya hentikanlah.... cabaran dan rezeki dalam kerjaya adalah rahsia Allah swt. hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Bila diajukan soalan yang sama kepada saya, jawapan saya mudah. "ini rezeki dan anugerah Allah". Jika dengan kerjaya PTD ini saya lebih dekat dengan Dia dan rezeki saya ini boleh saya manfaatkan untuk merapatkan jurang antara manusia, maka saya terima dan bersyukur. insyaallah akan saya lakukan yang terbaik untuk kerjaya yang terbilang ini....
kenapa PTD digambarkan dengan imej negative sahaja dalam hidup berkeluarga?.. kerana persepsi dan pandangan. kerana perasaan dan hasutan. bersediakah seorang ibu yang sudah tua, apabila mengetahui anak lelakinya angin berkongsi hidup dengan seorang PTD? jawapannya mungkin YA atau TIDAK. bergantung kepada pandangan dan persepsi. bergantung kepada penjelasan dan tanggapan. Mungkin seorang ibu kurang faham dengan kerjaya ini. kita pula tidak boleh dengan sambarono menyalahkannya. apalah yang dapat difahami oleh seorang ibu yang sudah tua dan uzur. tetapi ketahuilah bahawa disinilah letaknya peranan yang besar kepada anak-anak untuk memberi penjelasan dan pemahaman kepada ibu bapa. PTD bukan kerjaya yang merosakkan. malah ia satu kerjaya yang mulia dalam usaha membangunkan agama, bangsa dan negara. PTD tidak mengabaikan keluarga malah menjadikan keluarga sebagai aset utama dalam pencapaian kerjayanya. seorang PTD yang kuat bekerja adalah untuk kesenangan dan kebahagiaan keluarganya.
seterusnya, bersediakah seorang lelaki yang bukan PTD mengahwini seorang wanita PTD?... jawapannya YA. kenapa saya katakan demikian? kerana saya adalah begitu:) tidak ada apa yang membezakan antara PTD dan bukan PTD. semua manusia adalah di sisi Allah dan yang membezakannya hanyalah amalan dan tindakannya.. Pada saya jika seorang lelaki/perempuan tidak menjadi PTD, itu bukan bermakna dia tidak hebat dan berjaya, tetapi kerana kerjaya lain adalah jauh lebih baik dan sesuai dengan dirinya. adalah tidak adil untuk kita mengatakan bahawa hanya PTD sahaja yang dianggap berjaya. bagaimana pula dengan keluarga saya yang lain. kakak dan abang saya seorang peguam, guru, ahli perniagaan, akauntan, jurutera, pegawai bank atau penjawat awam yang lain bukan PTD. mereka tidak hebat? Subhanallah mereka jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan saya. walaupun mereka bukan PTD tetapi mereka sentiasa mendoakan saya dan membantu saya untuk melakukan yang terbaik sebagai seorang PTD. adakah ibu saya tidak berbangga dengan pencapaian mereka? jawapannya TIDAK.. ibu saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka. malah sering menyebut agar menjadikan mereka sebagai contoh dalam menjalani kehidupan..
berbalik kepada apa yang sebutkan di atas tadi, bersediakah seorang lelaki bukan PTD berkongsi hidup dengan seorang wanita PTD. mungkin dilemanya cuma kenaikan pangkat dan kedudukan. itu saya tidak nafikan. mungkin sukar bagi seorang suami bukan PTD bekerja sebagai pegawai kerajaan Gred 41 tetapi isteri PTD. selepas sepuluh tahun, isteri mungkin sudah berada pada Gred 48 tetapi suami masih di Gred 41. dengan jurang pendapatan mungkin ia akan menimbulkan perasaan kurang senang dikalangan suami. dalam situasi ini, adakah suami perlu merasakan bahawa dirinya tidak hebat? jawapannya TIDAK. disebalik kejayaan suami ada isteri dan disebalik kejayaan isteri ada suami yang sedia menyokong. pada hemat saya, ia kejayaan bersama dan rezeki keluarga. mana mungkin seorang isteri mampu mencapai tahap tersebut tanpa bantuan suami. suami juga mempunyai peranan tersendiri yang tidak kurang pentingnya. tanpa suami yang membantu bagaimana isteri ingin mengurusakan anak-anak dan keluarga, tanpa suami yang bijak, bagaimana isteri akan terdorong untuk bijak membuat keputusan. tanpa suami yang memahami tidak mungkin seorang isteri boleh berjaya. basicnya, mereka berdua adalah manusia yang hebat. pandai mengambil kesempatan dan menggunakan kesempatan yang hadir di depan mata. mungkin suami dahulunya seorang yang bagus di university, pendek kata anugerah dekan setiap semester. tapi isteri dahulunya seorang mahasiswa tahap pertengahan di university, tidak bodoh dan tidak terlau bijak. namun rezekinya adalah sebagai seorang PTD. dan suami pula mungkin rezekinya di sektor awam yang lain atau di bidang yang lain. jadi tidak wajar kita menjadikan ia sebagaia isu yang besar dalam hidup berkeluarga..

natijahnya, siapa pun kita, kitalah yang mencorak kehidupan. renungan ini sekadar nasihat buat diri dan semua. terutama pada kawan-kawan wanita yang bertugas sebagai PTD. jangan sombong dengan kerjaya kita. sebagai isteri( walaupun saya belum berkahwin), moga kerjaya kita tidak meletakkan kita di neraka jahannam nanti. syurga kita terletak pada redha suami dan kejayaan suami terletak pada kefahaman dan pengertian kita. buat yang teristimewa moga tulisan ini mampu mengukuhkan lagi ikatan kita. saya yakin dan percaya PTD bukan kerjaya yang Allah kirimkan untuk awak. tetapi awak akan menjadi penasihat yang terbaik kepada seorang PTD. terima kasih.....

Aku Maafkan Kamu

Aku suka lagu ni..penuh pengertian yang sangat dalam maksudnya...



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarnasi dari penghuni dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup



Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya





Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir

alif ba ta



(Alif)

Ada teratak di hujung kampung



(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak



(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak