Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, December 24, 2009

USMAN AWANG telah menulis ini pada 26 November 1999

MELAYU


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas
maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
”Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Wednesday, September 9, 2009

tradisi yang semakin dilupakan

Ramadhan sudah memasuki fasa yg ketiga. Esok genap 20 hari umat islam diseluruh dunia menjalani ibadah puasa. bagi masyarakat Malaysia, persepsi itu mungkin berbeza. ramadhan merupakan bulan yg dinanti kerana selepas itu kita akan meraikan satu hari kemenangan. bagi kanak-kanak umumnya, kehadiran ramadhan menjadikan mereka boleh berangan untuk"kaya" seketika. amalan memberi duit raya sempena hari raya sudah menjadi satu amalan yang semakin diterima dalam masyarakat kita. walaupun ada yang cuba menghapuskan amalan/budaya ini, tetapi bagi saya secara peribadi biarlah ia diteruskan. sekurang-kurangnya ia menjadi satu ibadah bagi kita. anggaplah setiap pemberian itu sebagai sadakatul jariah yang akan di bawa apabila kita mengadap Illahi nanti.
itu sedikit cerita tentang duit raya, tetapi teknologi hari ini, bukan sahaja membuatkan masyarakat kita "gelisah" dengan duit raya tetapi kita juga seolah-olah ingin melupakan satu amalan tradisi kita yang mempunyai nilai yang sangat tinggi. dahulu, samasa saya masih berada di asrama, ramadhan merupakan bulan untuk kita mengenang setiap salah dan silap yang kita lakukan dengan cara menghantar kad ucapan hari raya. waktu itu memang sangat "touching". bila habis kelas, balik sahaja ke bilik asrama pasti ada kad raya yang dikirim oleh sahabat-sahabat yang diselit dicelah-celah almari, dibawah bantal atau di dalam peti pos. dengan tulisan yang panjang berjela bertanyakan persiapan hari raya. bukan setakat itu sahaja, berapa jenis kuih, berapa helai baju, berapa target duit raya, turut ditanya. persahabatan pada waktu itu dibuktikan dengan kiriman kad yang cantik....to be continue...

Tuesday, September 1, 2009

179 hari lagi..

memang masa sangat pantas berlalu.. DPA hanya tinggal 108 hari sj lagi & my wedding insyaAllah hanya tinggal 179 hari lagi. dengan berkat ramadhan Ya Allah terimalah diri hambaMu ini yang sangat lemah dengan pelbagai ujian dunia. Tanpa restu dan pertolonganMu maka segala yg hambaMu ini rancangkan tidak mungkin menjadi kenyataan..

Friday, June 19, 2009

DPA BIL 1/2009

friends......
DPA dah genap sebulan.. lg 5 months saje lg. untuk sidang D, All de best untuk "Randai Bumi Kito" malam ni...

Sunday, May 3, 2009

selamat tinggal INSTUN & welcome DPA

4 Mei 2009....dua minggu yang terakhir ni, hati sebenarnya tak tenteram. antara dua perkara yang utama dalam hidup saya bagi tahun 2009. pertama selamat tinggal INSTUN. dan yang kedua, welcome DPA. kalau diberi pilihan, saya mahu untuk terus di bumi instun ini. bumi yang tenang, jauh dari kesibukan kota yang memeningkan. bumi yang hijau seluas mata yang memandang. dikaki banjaran titiwangsa yang sangat mendamaikan. bumi ini menjadi destinasi pertama saya mencurah keringat memajukan perkhidmatan awam yang ada masa disangkal keupayaannya. bumi ini juga menjadi saksi kekuatan sebuah persahabatan, percintaan dan persaudaraan. bumi ini terlalu banyak berjasa membangunkan modal insan kelas pertama. bumi ini juga bertanggungjawab akan kelahiran lebih ramai individu yang mahir dan bijaksana. bumi ini terlalu bertuah. terlalu istimewa dan ada kenangan di sini yang tak mungkin dapat saya lupakan. adat betandang, tiba masa perlu mengundur diri jua. adat bertemu tiba masa pasti akan terpisah. ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah.
lebih setahun di bumi instun, bersama asam garam kerja dan suasana yang jauh berbeza dengan tempat kerja saya yang terdahulu. sebelum ini saya hanya tahu soal pendapatan, masa dan peraturan. walau ada ketika saya terpaksa menafikan soal hati dan perasaan. tindakan berdasarkan sasaran dan keputusan berpandukan target dan sasaran. itu lumrah bekerja. dan itu juga adat dalam kehidupan. tetapi itu tidak terlalu penting sebenarnya. kerana setahun di sini mengajar saya bertindak berpandukan rasa perikemanusiaan, permuafakatan dan kasih sayang sesama manusia.
PERSAHABATAN
adat berkawan, pasti ada yang akrab dan sebaliknya. saya merasainya di sini. di bumi yang jauh dari teman-teman lama seangkatan di university dahulu. mulanya saya menjadikan pengalaman lama sebagai asas persahabatan saya. konsep memberi dan menerima. persahabatan juga begitu. bukan sekadar mengharapkan sahabat kita berbuat baik dengan kita, tetapi jauh dari itu ialah membuat yang terbaik untuk sahabat-sahabat kita. hakikatnya saya bukanlah yang terbaik dalam bersahabat. seerat simpulan yang tidak terbuka, seteguh langit tinggi menongkah dunia....terima kasih sahabat-sahabatku di instun, untuk kait & carol. ingatlah selalu bahawa ukhwah kita indah, kerana kita bertemu dan berpisah keranaNya. walau selepas perpisahan ini kita akan bertemu dalam suasana yang sangat berbeza tetapi kita tetap kita walau siapapun kita.
PERCINTAAN
fitrah manusia untuk saling melengkapi lantas Allah jadikan Hawa sebagai penawar kepada kesunyian Adam. dan kerana fitrah itu juga saya menyahut perkenalannya.. bagaimana ia datang dan tumbuh di hati saya. terlalu singkat dan pantas. penuh dengan hikmah dan maksud yang perlu saya pelajari. Pada mulanya, saya akui melalui hari sepi tanpa cinta, tanpa kata-kata manis dan gurauan. juga tanpa bicara rindu dari seorang yang layak dinamakan kekasih. Tapi pada ketika itu, yang hadir dalam hidup saya adalah kata-kata semangat dan peransang, didikan yang penuh hikmah dan gurau senda yang amat menyenangkan. dari seseorang yang sejak sekian lama namanya terpahat di hati. memang tiada ungkapan rindu, malah juah sekali kata-kata cinta. namun saya sedar itu bukan jaminan bahagia. Lantas pada Allah swt yang maha pecinta, saya sandarkan harapan saya. moga jodoh itu tiba. bukan takut pada peningkatan usia tetapi saya lebih takutkan akan kurangnya pahala yang dapat saya kumpul sebagai isteri yang solehah. Allah itu maha mengetahui, setiap yang terbaik dan perancanganNya pasti indah untuk setiap hambaNya. Justeru, tidak dilambatkanNya permohonan hamba yang lemah ini. Alhamdulillah.. saya meyakini bahawa inilah jodoh yang terbaik ciptaan Allah untuk saya. bukan untuk dipuji dan dipuja, tetapi untuk dihormati dan didengari keinginan serta keluh kesahnya, di bangunkan jika terjatuh, dihargai bila diberi, dipimpin dan saling memimpin, dikasihi dan mengasihi, dicintai dan menyintai. kamar hatiku sekian lama, suram dan sepi kekosongan, aku mencari insan sejati tuk menemani hidupku, adam dan hawa diciptakanNya, disulam rasa kasih sayang, agar bersemi ketenangan dan kedamaian di hati. kuharap hanya keikhlasan dan kurindukan keramahan, aku inginkan kemesraan berkekalan berpanjangan, mengasihimu dikasihi, menyayangimu disayangi, merindui dan dirindui saling mengerti dihati, biar hilang kabus diwajahku, biar tenang resah didadaku, terimalah serta kabulkan harapan ini ...oh tuhan . kumelafazkan kata penuh makna, bersaksi tuhan yg maha pemurah, hidup mati jodoh pertemuan, ditentu Allah yang esa, perkenankan hasrat dihatiku...moga impian kan dirahmati dipertemukan serikandi susah dan senang sama harungi demi cinta yang hakiki...
Demi sebuah perhubungan ini, saya tidak menjanjikan yang terbaik tetapi akan terus berusaha membaiki kelemahan diri untuk kita saling melengkapi.
PERSAUDARAAN
Setiap anak adam itu bersaudara. kita juga adalah bersaudara. bersaudara sedarah sedaging atau bersaudara seagama.. di sisi Tuhan kita tetap punya tangungjawab yang sama ke atas saudara kita. saya tidak pasti apakah saya telah melaksanakan tangungjawab yang baik ke atas semua saudara saya. rasanya banyak hati saudara yang terguris angkara saya. banyak yang tercalar dek kerana tindakan saya. setahun di sini mengajar saya untuk lebih berhati-hati. berhati-hati dalam soal bicara dan tindakan. pepatah menyebut lidah itu lebih tajam dari pedang. ada benarnya. dan saya belajar hakikat itu di bumi instun ini. bagaimana saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan tanpa cuba mengguris hati sesiapa. hakikatnya, memang agak sukar. pernah suatu ketika, saya tersentak dengan ucapan saya. saya tahu ia mengguris hati. hati orang yang mendengarnya. hati orang yang yang tulus menyayangi saya. tergamaknya saya. tetapi itulah pengajarannya.. (biar hanya kita berdua yang tahu)....
Bumi instun bakal kutinggalkan. mungkin aku akan kembali atau mungkin juga aku akan terus melangkah meninggalkan pergi. melaksanakan tangungjawabku di tempat lain dengan cabaran yang lain. kalau ditanya pada perasaan, aku pasti gembira kerana bakal mengecap pengalaman baru dalam hidupku. tetapi jika ditanya pada hati, aku sebenarnya ingin terus di sini.!!! dan bila ditanya pada akalku, aku hakikatnya perlu menerima setiap putaran dalam kehidupan ini. perlu idealistik dan realistik.!!! yang aku perlukan dalan hidup bukan sekadar merasai SELESA. tetapi lebih jauh daripada itu...!! Selamat Datang pada dunia DPA. khabarnya akan menjadi dunia yang penuh kesibukan, komitmen dan pengorbanan. moga Allah terus memberi kekuatan pada diri ini. penuh sabar dan tenang. melangkah terus tanpa henti demi mengecap lebih dari sekadar keSELESAan diri.. Amin.......

Thursday, January 29, 2009

metaforafirdausi

Metaforafirdausi ( teristimewa buat MOHD FIRDAUS MOHD YUSOFF)

Mohon pada Ilahi,
Obor ditangan tak memakan diri,
Hayunan langkah tak terhenti,
Degupan jantung dan nafas terus selari.

Fitrahnya membawa fadilah,
Iffahnya terserlah pada sekeping hati,
Rindu dan cinta pada Ilahi,
Dalam setiap saat kudusku padaMu Ya Rabbi,
Akarat dan bumiMu ini menjadi saksi,
Untaian kehidupan ini penghujungnya nanti kumiliki,
SyurgaMu yang terpuji.

Metafora ini maknawinya tersendiri,
Olahan rasa dari jiwa dan hati,
Hambatan waktu yang sering mengejar bayangku,
Damai kurasa bila saat kau tahu.

Yakinlah dengan janji Ilahi,
Ukiran kejayaan pasti teguh di dinding Firdausi,
Sahifah kebahagiaan suhuf bila terpateri,
Oleh rasa cinta dan sayang yang berpaksi,
Faal fardhu dan fasehmu itu hakiki,
Fajar siddiq terus bercahaya seakan memahami.


Nukilan,
Izahsulaiman

Wednesday, January 28, 2009

bila saat itu tiba...

*satu perkara yang perlu dilakukan bila saat itu tiba....mengucap syukur pada Allah swt. kerana ia hanya akan berlaku dengan izinNya.. Alhamdulillah..:)

Monday, January 5, 2009

LAKSA SARAWAK


*kenapa laksa sarawak? soalan ni diajukan oleh sahabat2ku bila mengetahui aku ingin mempelajari masakan popular negeri sarawak tu. selalunya bila cuti, aku akan masak laksa penang untuk juadah di rumah. tapi cuti kalini lain sedikit:-) kebetulan sahabatku carol pulang ke sarawak bulan lepas. sempat juga aku kirim perencah laksa sarawak dengan dia. dan soalan yang sama juga, kenapa laksa sarawak?


menyediakan laksa sarawak sebenarnya tak la sesusah yang aku bayangkan. sehari sebelum memasak aku search di internet menu laksa sarawak. aku kena berimaginasi memikirkan bagaimana rupanya laksa sarawak. sebabnya aku sendiri belum pernah melihat laksa sarawak apatah lagi merasainya..mcm2 versi yang ada. tapi aku suka versi tumis dahulu perencah sebelum dimasukkan air rebusan udang dan santan. agaknye orang perak memang tak boleh nak tiru style lain kot..lalallalalalalla


aku sertakan bahan-bahan menyediakan laksa sarawak:
set A (kuah laksa)
perencah laksa ( aku guna Hj. manan Laksa Sarawak)
air rebusan udang
stock ayam
Santan
minyak masak
serai
fish cake
udang
garam

set B ( Penambah Seri)
taugeh
tauhu
telur
cili melaka
limau kasturi
ayam goreng
daun ketumbar
** paling penting bihun halus yang direbus

kenapa laksa Sarawak? rupa-rupanya juadah ni ala-ala herba baunya. macam herba ibu lepas bersalin:-) mula-mula nak makan tu aku dan kait agak cuak juga. maklumla tekak dah sebati dengan laksa penang. cuma carol dan mimi saje yang semangat nak makan. tapi bila dah rasa...uuummhhh!!! sedap sekali.. tambah sedap sebab aku yang masak.. lalalalallalala (over la pulak) dan betullah apa yang mydear cakap laksa sarawak lebih sedap dan berkhasiat. dan aku kena pandai masak laksa sarawak sebab dia sukakannya. so, sebab tu la kenapa laksa sarawak.. :-)adios











Aku dan 2008

*Layar 2008 telah berlabuh menandakan 2009 menjelma dengan semangat dan iltizam yang baru. seperti kebiasaan pada tahun2 yang lepas, bila tiba tahun baru, pelbagai azam baru juga berlagar-legar di kepala. yang pasti azam baru pastinya lebih baik dari tahun2 yang berlalu itu...
aku dan 2008 ada banyak kenangannya yang tak mungkin dapat aku lupakan. 2008 secara peribadi merupakan tahun yang sangat bermakna dalam hidupku.. mungkin setiap tahun ada kelainan tersendiri. dari tahun memasuki alam persekolahan, tahun ke sekolah menengah, tahun peperiksaan, tahun ke university dan sebagainya. tapi bagi aku tahun 2008 adalah tahun kegembiraan dan rahmat untuk aku.
aku memulakan alam persekolahan seawal usiaku lima tahun dan hanya selepas 19 tahun kemudian barulah aku meninggalkan alam persekolahan itu secara tuntas. jangka masa 19 tahun itu sebenarnya terlalu lama kerana pengajianku di university tamat pada usiaku 23 tahun. 19 tahun bergelumang dengan buku, peperiksaan, uniform dan jadual yang ketat kadangkala hampir melemahkan semangatku. tetapi november 2006 menyaksikan aku meninggalkan juga alam pengajian university dan 2007 merupakan tahun kemanisanku menerima segulung ijazah. Rupanya hanya sekeping kertas itu yang aku dapat selepas 19 tahun mengharung badai pengajian:-)
well, tempoh 19 tahun pasti meninggalkan bermacam-macam kenangan. ada suka, duka, pahit dan manis. ketawa dan airmata memang menjadi sahabat sejati dalam mengharung liku-liku tersebut. tapi kata orang alah bisa tegal biasa. semangat dan dorongan yang menjadikan aku kuat dan berjaya menempuhnya.
2008 ada banyak kelainannya. dari seorang pelajar aku melangkah ke alam pekerjaan. 24 mac 2008 menjadi hari bermakna apabila aku memulakan pagiku dengan satu semangat dan wajah yang baru. aku bukan lagi pelajar di sekolah atau setakat pegawai pemasaran di bawah Graduate Scheme Bank Rakyat. aku kini dengan wajah baru. seorang pegawai tadbir dan diplomatik yang berkhidmat untuk kerajaan malaysia. tipu kalau aku tidak berbangga menjadi diriku. dalam puluhah ribu mahasiswa yang bersaing mendapatkannya, aku menjadi antara yang bertuah. dengan 1st trial aku berjaya!! Namun aku tidak pernah lupa memanjat syukur pada Allah, juga terima kasihku pada semua yang banyak membantu. pada keluarga dan mydear. mereka yang banyak mendoakan kejayaanku.
Aku dan 2008.. banyak mengubah diriku. pasti yang aku rasanya perubahan positif dalam diriku. lebih berdikari, lebih matang, perlu lebih bijak dan dapat tidur yang nyenyak...:-)
itu sebahagian daripada aku dan 2008. pastinya aku dan 2009 ada lebih banyak kelainannya..mungkin aku tidak sendiri lagi di tahun 2009 ini.. harapnya begitu tapi realitinya mungkin tak begitu.. but never mind. aku dan 2009 akan mengajar aku banyak perkara. itu aku akan masukkan dalam blog ni bila tiba masanya nanti..paling penting aku akan mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam DPA in year 2009. and mydear.. hopefully something much better in our relationship this year....lalalalallalala

5th january.. back to school

*sekolah dah bermula!!!! yg dah cuti panjang tu, ingat2 la bahawa time study dah tiba. bukan untuk student saje tapi untuk cikgu2nye sekali. dah bercuti panjang harapnya lepasni ada semangat baru untuk mendidik anak bangsa. for my sist especially selamat meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa. supaya terus cemerlang, gemilang dan terbilang...
well, hari pertama my youngest brother (mohd afiq shazwan) ke sekolah menengah. dah besar panjang rupanya. dah form 1 pun. dah pakai seluar hijau. selamat tinggal seluar biru.:-) teruskan semangat perjuangan kita. dan ingatlah selalu bahawa hanya ilmu merupakan bekalan yang akan menyelamatkan kita dunia dan akhirat. all the best!!! untuk dekna & izat selamat meneruskan persekolahan. moga success selalu!!
one more, untuk my lovely niece, sofea izzati... selamat memasuki alam persekolahan. jadi student Smart Reader Kids harapnye akan menjadikan sofea lebih bijak dan berdikari. tak lupa juga untuk my niece yang paling comey izyani fasehah dan mohd harith jangan sedih2 stay kat Taska Q tu. nanti dah besar boleh join kakak kat Smart Reader juga. apa2 pun moga cepat besar yer. dan paling penting bila besar nanti jangan lupa jasa ibu dan ayah...
selamat untuk semua...

Aku Maafkan Kamu

Aku suka lagu ni..penuh pengertian yang sangat dalam maksudnya...



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarnasi dari penghuni dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup



Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya





Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir

alif ba ta



(Alif)

Ada teratak di hujung kampung



(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak



(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak