Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, February 18, 2013

catatan sebuah perjalanan

*rindu rasanya menulis di blog.. sepanjang mengandungkan amniya sehingga amniya lahir dan sekarang amniya dah masuk 3 bulan aku langsung tak berkesempatan mencoret catatan perjalanan hidup..namun yang pasti aku bahagia dengan kehidupan ku .. Terima kasih Allah..

Friday, March 23, 2012

BonuS unTuk aYaH

Bonus untuk ayah.. Mama selalu bising sbb office ayah tak de kelab sukan dan kebajikan. lepas tu setiap tahun orang yg sama bertungkus lumus anjurkan jamuan raya dan family day xpernah dibuat. maklumlah xde sape yang nk handle. padahal ayah kerja kat kontraktor Kelas A..

Bila mama selalu bising ayah pun setuju nak suarakan pada bos untuk tubuhkan kelab.. ape lagi bos ayah bagi sokongan 1000%..cewah:-) dan secara automatiknya ayah la pengerusi penubuhannya..

tapi bukan bonus untuk mama sebab ayah minta mama yang bantu dia..sebab idea mama:-) pandai betul ayah dlm hal ni.. mama ok jer.. tadi baru selesai search maklumat.. boleh tengok panduan dalam www.ros.gov.my .alhamdulillah mudah je ...

paling best mama kenal pengarah ROS negeri. so insyallah senang la urusannya.. bos ayah nak progress bila dia balik umrah dua minggu lagi.. so ape lagi ayah cayok2..hihihi

Untuk ayah, ingat niat kita nak tubuhkan kelab ni.untuk jaga kebajikan kawan2 sekerja kita. kebajikan kita jugak. jangan terabai..insyallah end of this year leh la buat family day, bagi hadiah kelahiran, insentif kecemerlangan anak dll..

satu lagi pesan mama untuk ayah, kita janji nak tubuhkan jer. klu mesyuarat agong x lantik ayah jd presiden pun xpe. bukan itu tujuan kita sebenarnya kan.. yang penting matlamat kebajikan dapat ditunaikan...

Tuesday, March 20, 2012

Jadilah Wanita Paling Bahagia

mula-mula sekali coretan hari ni, aku nak ucap thanks pd suami tercinta sebab dah hadiahkan sebuah buku..JANGAN BERSEDIH..JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA.. buku best seller dari Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni..

Buku ni amat sesuai dimiliki oleh semua wanita muslim terutama yang bekerjaya kerana cabaran dan ujian hidup kita pelbagai. sebenarnya, aku memang suka edisi La Tahzan ni sejak di Univ. tapi dulu aku pinjam je kt library..save duit..hihihihi lepas tu bila dh kerja aku beli sikit-sikit.


kalau melihat kepada tajuk-tajuk shj kita pasti dah jatuh cinta. antara tajuk dlm buku ni ialah Mawar, Melati, emas, kalung, mutiara, permata, cincin, intan, Berlian dan pelbagai lagi yang semuanya sgt sinonim dengan wanita..


Sekali lagi Thanks sayang....

Friday, March 16, 2012

Jalan-JalaN Hari KerJa

Petang semalam ayah ambil mama kat ofis pukul 2.00 petang sebab nk bw alia ke klinik. kitorg x kuar lunch sebab nk siapkan kerja lepas tu plan nk trus balik lepas selesai urusan kat klinik..

Tapi perut lapar, kitorang pun g maydin dulu. Mkn sup (konon nk diet)jam dah pukul 2.10 masa tu.. ckp jugak kat ayah " takutla..dah la pakai bj batik ni, nmpak sgt peg kerajaan yang x beretika"..huhuhu


terasa org sebelah tengok-tengok jer..mesti ckp "ape la die ni"..



Habis makan ayah cakap kite solat dulu kat sini..huh!! ok gak idea ayah tu, senang skit tapi malunyer org tengok x masuk keje..habis je solat nk dekat kul 3 dah.. cayok2 ayah kita dah lambat nk bw alia ke klinik...


4.15 ptg: urusan di klinik selesai( alhamdulillah mudah semuanya) Next appoinment 12 Mei 2012 jam 3.00 petanG

ape lagi???? nak balik ofis ker? baik la pulak..lagipun dah isi borang kuar pejabat.. keluar tadi kul 2.00.. sepatutnya balik 5.30.. kurang 4 jam:-)ayah pun sama..dah siap tutup PC..lagi la kelakar..


so,,, Jom Jln2 ke Tesco Cheng..lepak kat secret Recipe...(nanti sambung eh..)

My Baby aLia

salam semua..



harini aku nak story about my lovely baby.. Semalam ayah & Mama bw alia ke klinik.. timbang dan legenye alia sebab x kene cucuk.. berat dicatat 6.32 kg umur 4 bulan 8 hari..fuhh semangat!! alhamdulillah..penangan susu s26 gold la tu..kate ayah:-)

setiap hari pergi taska aku akan bekalkan 4 bancuhan susu. dan 1-2 botol susu ibu.. biasenye alia akan habiskan semuanyer dgn jayanye.. syabas mybaby..

Monday, October 17, 2011

Menanti saat Kelahiran

hari ni dah masuk usia 38 minggu kandungan aku. zuriat sulungku.. insyaallah due pada 29 Oktober 2011. harap semuanya akan berjalan lancar dan mudah.

Monday, April 11, 2011

tak sabar nak jumpa mama & keluarga

Minggu ni minggu weng2 aku.. maklumlah hujung minggu ni (16/ april) kami sekeluarga akan berkumpul di rumah kakak di JB..Yahoo! dapat jumpa mama dan semua adik beradik, ipar ruai dan anak-anak buah yang comey2 tu.. excited giler... Maklumlah last kami berjumpa bulan februari aritu. masa cuti tahun baru cina. Buat family day di Pulau Pangkor. pastu ni la perjumpaan kedua untuk tahun 2011. Di JB.. Bulan Jun Insyaallah berjumpa di Kampungku, Bagan Serai..Sedihnyer... Bila difikirkan semula, nasib kami memang camni kot.. dulu masa di zaman sekolah, terpisah jugak sebab semua tinggal border school. lepas tu masing-masing masuk U dan bekerja. lepas tu kawin dan tinggal dengan keluarga masing-masing.. so, sekarang hanya telefon dan internet sebagai medium perhubungan.. ah Dunia...!.. Realitinya, mama aku yang terpaksa bersendirian. mujur dua orang lagi adik2 ku masih di sekolah.. ijat & afiq.. kalau la diorang xde tak tahu la.. dan mujur juga abg sulungku abg ilan dan isteri tinggal di Bagan Serai.. x jauh dari kampung..balik kampung tiap hari.. Alhamdulillah..kalau x kesiannye mama sesorang... jeng-jeng ade dua anak dara.. sorang kt UIA dan sorang lagi di UUM..Bibi & Dekna.. ape perancangan korang eh?..lepas belajar ke mana pulak korang nk merantau..Well, akak tak kisah sgt. as long as kita masih ada masa jenguk mama dan luangkan masa hubungi dia... Oh God!! SPM ijat pun dah keluar.. Budak yang paling "study" tu dapat 3 A's dalam SPM yg lepas.. Alhamdulillah, terima kasih pada Allah sebab bagi juga A's kata mama:-) ayat cover kecewa..hihihihi dan tak tahu la ape nasib Ijat. kalau nasib baik dia dapat la kot matrik.. kalau tak jgn putus asa.. kejayaan milik sesiapa sahaja yang berusaha.. akak dulu pun calon STPM yg pertama dalam keluarga.. tp berjaya jugak kan? hihihi riaknyer..subhanallah... Kejayaan tu datang dari Allah la...Anyway ke mana pun langkah lepas ni yang penting berjaya di dunia dan akhirat.... Oh yer... Minggu depan pasti paling excited buat Afiq & Ijat & Bibi juger.. 1st time di beri peluang naik flight.. saje nak ubah angin mama berjalan. asyik naik kereta jer bosan jugak. kali ni naik fllight pulak..hihihi sebenarnya ini semua kebetulan.. K.idah beli MPV baru JMV 1745. beli di perak dapatkan plat JB.. so, kebetulannyer abg ilan bawa la mama ke JB hantar MPV tu... balik? terpaksala naik flight.. Naik bus? perjalanan malam.. Train? lama sgt dari Jb sentral pagi-transit KL-Bagan Serai 3.50 pagi..aduh!! penatnye.. so, bagi la naik flight JB-Penang baru 45 minit. Jimat masa dan tenaga.. Semoga best la perjumpaan kalini. walaupun sekejap tapi aku akan gunakan peluang ni minta mama masak makanan yang aku ngidam ni..hihihi.. daaaaa...

Saturday, April 2, 2011

Buat Sahabatku.....

Buat sahabatku Faizah binti mahmod @ Kait @jiejah dedikasi ni ditujukan sempena:

  • Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 29.. moga terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat

  • Ketabahanmu melalui onak ranjau kehidupan, menjadikan kau contoh kekuatan... aku kagum giler..

  • dan semoga hari-harimu akan datang lebih indah & Allah memakbulkan impian korang untuk tinggal bersama semula.. dan buat suaminya En. Hasbullah take care di rantau orang.. moga2 cepat balik semenanjung...

Friday, March 11, 2011

Kejar Akhirat, Dunia Kejar Kita

aku dengar ungkapan indah ni suatu pagi di Radio IKIM. start dari haritu aku jadikan ungkapan ini sebagai peniup semangat mencipta lebih banyak anjakan dalam perjalanan hidup seharian.
Alhamdulillah, setiap kali memikirkan bahawa "Kejar Akhirat, Dunia Kejar Kita" hati seolah-olah makin terpaut pada kecintaan dan pengabdian diri kepada Allah swt.. moga dilapangkan jalanNya....
Kejar Akhirat= melaksanakan segala apa yang disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang. mengungkapnya mudah tetapi ingin melaksanakannya pasti susah. " Dunia Kejar Kita= seolah-olah segala nikmat dan kebahagiaan dunia ini datang secara berlimpah-ruah kepada kita.
Bagaimana kejara Akhirat Dunia Kejar Kita?.. pada pemahaman saya yang sangat cetek ini mungkin dengan mendekatkan diri kepada Allah, melaksanakan segala tanggungjawab, selalu meminta kepadaNya dan berbaik sangka kepadaNya, segala apa yang kita mahukan di atas muka bumi ini akan diberi Allah jua...Dunia akan mengejar kita.. kesihatan, kebahagian, harta, pangkat, dan segala nikmat dunia yang lain akan dapat kita nikmati.. amin.....

Aku Maafkan Kamu

Aku suka lagu ni..penuh pengertian yang sangat dalam maksudnya...



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarnasi dari penghuni dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup



Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya





Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir

alif ba ta



(Alif)

Ada teratak di hujung kampung



(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak



(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak