Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, April 11, 2011

tak sabar nak jumpa mama & keluarga

Minggu ni minggu weng2 aku.. maklumlah hujung minggu ni (16/ april) kami sekeluarga akan berkumpul di rumah kakak di JB..Yahoo! dapat jumpa mama dan semua adik beradik, ipar ruai dan anak-anak buah yang comey2 tu.. excited giler... Maklumlah last kami berjumpa bulan februari aritu. masa cuti tahun baru cina. Buat family day di Pulau Pangkor. pastu ni la perjumpaan kedua untuk tahun 2011. Di JB.. Bulan Jun Insyaallah berjumpa di Kampungku, Bagan Serai..Sedihnyer... Bila difikirkan semula, nasib kami memang camni kot.. dulu masa di zaman sekolah, terpisah jugak sebab semua tinggal border school. lepas tu masing-masing masuk U dan bekerja. lepas tu kawin dan tinggal dengan keluarga masing-masing.. so, sekarang hanya telefon dan internet sebagai medium perhubungan.. ah Dunia...!.. Realitinya, mama aku yang terpaksa bersendirian. mujur dua orang lagi adik2 ku masih di sekolah.. ijat & afiq.. kalau la diorang xde tak tahu la.. dan mujur juga abg sulungku abg ilan dan isteri tinggal di Bagan Serai.. x jauh dari kampung..balik kampung tiap hari.. Alhamdulillah..kalau x kesiannye mama sesorang... jeng-jeng ade dua anak dara.. sorang kt UIA dan sorang lagi di UUM..Bibi & Dekna.. ape perancangan korang eh?..lepas belajar ke mana pulak korang nk merantau..Well, akak tak kisah sgt. as long as kita masih ada masa jenguk mama dan luangkan masa hubungi dia... Oh God!! SPM ijat pun dah keluar.. Budak yang paling "study" tu dapat 3 A's dalam SPM yg lepas.. Alhamdulillah, terima kasih pada Allah sebab bagi juga A's kata mama:-) ayat cover kecewa..hihihihi dan tak tahu la ape nasib Ijat. kalau nasib baik dia dapat la kot matrik.. kalau tak jgn putus asa.. kejayaan milik sesiapa sahaja yang berusaha.. akak dulu pun calon STPM yg pertama dalam keluarga.. tp berjaya jugak kan? hihihi riaknyer..subhanallah... Kejayaan tu datang dari Allah la...Anyway ke mana pun langkah lepas ni yang penting berjaya di dunia dan akhirat.... Oh yer... Minggu depan pasti paling excited buat Afiq & Ijat & Bibi juger.. 1st time di beri peluang naik flight.. saje nak ubah angin mama berjalan. asyik naik kereta jer bosan jugak. kali ni naik fllight pulak..hihihi sebenarnya ini semua kebetulan.. K.idah beli MPV baru JMV 1745. beli di perak dapatkan plat JB.. so, kebetulannyer abg ilan bawa la mama ke JB hantar MPV tu... balik? terpaksala naik flight.. Naik bus? perjalanan malam.. Train? lama sgt dari Jb sentral pagi-transit KL-Bagan Serai 3.50 pagi..aduh!! penatnye.. so, bagi la naik flight JB-Penang baru 45 minit. Jimat masa dan tenaga.. Semoga best la perjumpaan kalini. walaupun sekejap tapi aku akan gunakan peluang ni minta mama masak makanan yang aku ngidam ni..hihihi.. daaaaa...

Saturday, April 2, 2011

Buat Sahabatku.....

Buat sahabatku Faizah binti mahmod @ Kait @jiejah dedikasi ni ditujukan sempena:

  • Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 29.. moga terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat

  • Ketabahanmu melalui onak ranjau kehidupan, menjadikan kau contoh kekuatan... aku kagum giler..

  • dan semoga hari-harimu akan datang lebih indah & Allah memakbulkan impian korang untuk tinggal bersama semula.. dan buat suaminya En. Hasbullah take care di rantau orang.. moga2 cepat balik semenanjung...

Aku Maafkan Kamu

Aku suka lagu ni..penuh pengertian yang sangat dalam maksudnya...



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarnasi dari penghuni dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup



Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya





Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir

alif ba ta



(Alif)

Ada teratak di hujung kampung



(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak



(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak