Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, October 17, 2011

Menanti saat Kelahiran

hari ni dah masuk usia 38 minggu kandungan aku. zuriat sulungku.. insyaallah due pada 29 Oktober 2011. harap semuanya akan berjalan lancar dan mudah.

Monday, April 11, 2011

tak sabar nak jumpa mama & keluarga

Minggu ni minggu weng2 aku.. maklumlah hujung minggu ni (16/ april) kami sekeluarga akan berkumpul di rumah kakak di JB..Yahoo! dapat jumpa mama dan semua adik beradik, ipar ruai dan anak-anak buah yang comey2 tu.. excited giler... Maklumlah last kami berjumpa bulan februari aritu. masa cuti tahun baru cina. Buat family day di Pulau Pangkor. pastu ni la perjumpaan kedua untuk tahun 2011. Di JB.. Bulan Jun Insyaallah berjumpa di Kampungku, Bagan Serai..Sedihnyer... Bila difikirkan semula, nasib kami memang camni kot.. dulu masa di zaman sekolah, terpisah jugak sebab semua tinggal border school. lepas tu masing-masing masuk U dan bekerja. lepas tu kawin dan tinggal dengan keluarga masing-masing.. so, sekarang hanya telefon dan internet sebagai medium perhubungan.. ah Dunia...!.. Realitinya, mama aku yang terpaksa bersendirian. mujur dua orang lagi adik2 ku masih di sekolah.. ijat & afiq.. kalau la diorang xde tak tahu la.. dan mujur juga abg sulungku abg ilan dan isteri tinggal di Bagan Serai.. x jauh dari kampung..balik kampung tiap hari.. Alhamdulillah..kalau x kesiannye mama sesorang... jeng-jeng ade dua anak dara.. sorang kt UIA dan sorang lagi di UUM..Bibi & Dekna.. ape perancangan korang eh?..lepas belajar ke mana pulak korang nk merantau..Well, akak tak kisah sgt. as long as kita masih ada masa jenguk mama dan luangkan masa hubungi dia... Oh God!! SPM ijat pun dah keluar.. Budak yang paling "study" tu dapat 3 A's dalam SPM yg lepas.. Alhamdulillah, terima kasih pada Allah sebab bagi juga A's kata mama:-) ayat cover kecewa..hihihihi dan tak tahu la ape nasib Ijat. kalau nasib baik dia dapat la kot matrik.. kalau tak jgn putus asa.. kejayaan milik sesiapa sahaja yang berusaha.. akak dulu pun calon STPM yg pertama dalam keluarga.. tp berjaya jugak kan? hihihi riaknyer..subhanallah... Kejayaan tu datang dari Allah la...Anyway ke mana pun langkah lepas ni yang penting berjaya di dunia dan akhirat.... Oh yer... Minggu depan pasti paling excited buat Afiq & Ijat & Bibi juger.. 1st time di beri peluang naik flight.. saje nak ubah angin mama berjalan. asyik naik kereta jer bosan jugak. kali ni naik fllight pulak..hihihi sebenarnya ini semua kebetulan.. K.idah beli MPV baru JMV 1745. beli di perak dapatkan plat JB.. so, kebetulannyer abg ilan bawa la mama ke JB hantar MPV tu... balik? terpaksala naik flight.. Naik bus? perjalanan malam.. Train? lama sgt dari Jb sentral pagi-transit KL-Bagan Serai 3.50 pagi..aduh!! penatnye.. so, bagi la naik flight JB-Penang baru 45 minit. Jimat masa dan tenaga.. Semoga best la perjumpaan kalini. walaupun sekejap tapi aku akan gunakan peluang ni minta mama masak makanan yang aku ngidam ni..hihihi.. daaaaa...

Saturday, April 2, 2011

Buat Sahabatku.....

Buat sahabatku Faizah binti mahmod @ Kait @jiejah dedikasi ni ditujukan sempena:

  • Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 29.. moga terus berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat

  • Ketabahanmu melalui onak ranjau kehidupan, menjadikan kau contoh kekuatan... aku kagum giler..

  • dan semoga hari-harimu akan datang lebih indah & Allah memakbulkan impian korang untuk tinggal bersama semula.. dan buat suaminya En. Hasbullah take care di rantau orang.. moga2 cepat balik semenanjung...

Friday, March 11, 2011

Kejar Akhirat, Dunia Kejar Kita

aku dengar ungkapan indah ni suatu pagi di Radio IKIM. start dari haritu aku jadikan ungkapan ini sebagai peniup semangat mencipta lebih banyak anjakan dalam perjalanan hidup seharian.
Alhamdulillah, setiap kali memikirkan bahawa "Kejar Akhirat, Dunia Kejar Kita" hati seolah-olah makin terpaut pada kecintaan dan pengabdian diri kepada Allah swt.. moga dilapangkan jalanNya....
Kejar Akhirat= melaksanakan segala apa yang disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang. mengungkapnya mudah tetapi ingin melaksanakannya pasti susah. " Dunia Kejar Kita= seolah-olah segala nikmat dan kebahagiaan dunia ini datang secara berlimpah-ruah kepada kita.
Bagaimana kejara Akhirat Dunia Kejar Kita?.. pada pemahaman saya yang sangat cetek ini mungkin dengan mendekatkan diri kepada Allah, melaksanakan segala tanggungjawab, selalu meminta kepadaNya dan berbaik sangka kepadaNya, segala apa yang kita mahukan di atas muka bumi ini akan diberi Allah jua...Dunia akan mengejar kita.. kesihatan, kebahagian, harta, pangkat, dan segala nikmat dunia yang lain akan dapat kita nikmati.. amin.....

Monday, March 7, 2011

Al KiSaH

salam sejahtera semua. buat pembaca blogku sekalian.
hari ni seperti biasa kerja-kerja di office belum juga selesai. dan sememangnya tidak akan selesai sampai bila-bila.. dan hari ni kali pertama aku masuk ke persidangan dewan. maklumlah bertugas di federal dulu memang tak akan merasa pengalaman ni... itu, antara pengisisan sepanjang minggu ni.. tapi yang paling best ialah aku ditugaskan untuk menyediakan teks ucapan TYT sempena perasmian tersebut... takut dan teruja..yang mana lagi utama? last year lagi sejak aku ditukarkan ke sini antara tugasku ialah menyediakan teks ucapan.. tp teks sidang dewan bagi aku lebih mencabar..huhuhu
merasa jugakla bakat terpendam aku ni digilap semula. sebenarnya hobiku memang menulis. sejak sekolah lagi aku suka sangat dengan karangan. di universiti masa siapkan thesis adalah tempoh belajar paling menyeronokkan. dan zaman bercinta pun sama.. selalu hantar surat cinta..hahahaha...lawakjer.
bercerita soal bakat menulis, sejak kecil aku suka menulis cerpen. kadang-kadang tu semua perjalanan hidup seharian aku jadikan cerpenku..kisah minat kt mamat kat sekolah pun ade jugak..kuang2x kantoi.. anyway pada aku dengan penulisan jiwa akan sihat. segala yang terpendam akan diluahkan melalui pena.. malangnya aku tak pernah bagi sesiapa pun baca cerpen ku.. buku zaman kanak2 yang aku simpan pun dah lama dimakan anai-anai kat umah.. yang lainnya aku dah bakar. lupus kira.. sebab bila baca balik buat malu jer.. latest aku menulis jugak dlm laptop kesayangan.. tp since laptop tu dah hilang makanya aku tidak menyimpan lagi koleksi cerpenku itu..
nak tahu sesuatu?.. pernah jugakla aku cuba-cuba nasib hantar penyertaan.. menang la sekali masa sekolah dulu. pergi kebangsaan langsung dah tak dengar nama aku lagi...bakat kecil. lepas tu aku cuba bersajak.. hantar la penyertaan ke surat khabar..pun kalah jugak..hehehe a.samad said the junior konon...
bercerita pasal teks harini ..aku mencuba yang terbaik. mengasah semula bakatku yang terpendam..mana tahu kalau digilap ia bakal menjadi batu permata yang berharga..cewah...hihi
seriusly, aku mula menyintai tugasanku sekarang. walaupun aku selalu dihambat dengan kesibukan tetapi kecintaanku pada dunia penulisan dapat aku penuhi.. sambil sibuk dengan tugasan lain bila dapat tugasan menyiapkan teks terasa puas jugak hati ni...
dalam entri ni aku tak masukkan teks tu.. aku akan buat satu entri khas yang akan memuatkan semua teks yang pernah aku karang.. moga suatu hari ia bakal menjadi rujukan kepada yang menerima tugas yang sama dengan aku kelak..moga ia memberi manfaat...
opss aku terlupa sesuatu.. cerita paling kelakar hari ni..aku masuk persidangan dengan pakaian istiadat number one.. terasa macam cun mula-mulanya.. tapi bila aku tgk orang lain aku rasa aku ada kekurangan...rupa-rupanya aku tak pakai songkok yang cun berlis kuning tu..hampeh..malu giler sebab pakai baju tak lengkap..heheheeh.pn.ainu pulak lg la kelakar..badan dah ler kecik comey jer..pastu bajunya besar sangat..nak tahu kenapa? sebab dekat baju tu tertulis "P.I.N.J.A.M"..lagi sorang shery..bukan main cun arini..pastu siap bagi fatwa salah menyebabkan kitorang pun turun dengan nametag.. orang lain turun dengan pingat kita pulak dengan nama..cis ajaran yang salah di pagi-pagi buta...
oklah...walakhiran....moga diriku terus merasa indah dan bahagia...

Monday, February 28, 2011

PeLik

sungguh pelik sebab setiap kali aku membuka blog untuk mencoret sesuatu idea ku terus tertutup seolah-seolah aku tidak merancang untuk menulis apa-apa.. padahal sebelum aku online tadi banyak pula idea yang ingin aku kongsikan....

1st aniversary

alhamdulillah semalam 27/2/2011 merupakan ulang tahun pertama perkahwinanku. dah setahun rupanya aku menjadi isteri. terasa masa berlalu begitu pantas dan aku belum melakukan apa-apa yang yang terbaik untuk keluargaku. wallahualam..
setahun yang telah berlalu adakah telah aku isi dengan mengutip taburan pahala di atas lantai sebuah rumah tangga bahagia? atau aku isi ia dengan gumpalan dosa yang memberat di atas bahuku?.. sebagai isteri pastinya aku tidak terlepas dari melakukan kesilapan. sedangkan lidah lagi tergigit. i'm sorry mydear.. semoga Allah terus merahmati kita.. 1 more.. tq 4 the beautiful watch.. i love it...

Sunday, January 23, 2011

Kerja Itu Ibadah

*Tertarik dengan tajuk ceramah yang disampaikan 21 Januari 2011 yg lalu "Mencari Bahagia Di Tempat Kerja". Tajuk yg sgt sinonim dengan semua orang yang bekerja. saya salah seorang daripadanya. Bahagiakah? atau dukacitakah? Ibadahkah kerja sekiranya ia dilaksanakan dalam keadaan terpaksa dan penuh emosi...Lantaran soalan ini terlalu berat untuk dijawab. hanya Allah swt yang ada jawapannya. sebagai hamba kita tidak boleh menilai amalan sendiri.
Sebelum ni kerjaya di agensi pusat memang mencabar. dengan pengalaman yang sgt cetek, pendedahan dengan pelbagai cara dan budaya kerja..menarik! sekarang setelah bertukar ke agensi negeri lain pulak ragamnya..ujian silih berganti.. duka lan lara lagi banyak dari bahagia.. masyaallah..kalau itu faktanya bahagiakah aku di sini? ibadahkah kerja aku di sini?
Kerja akan menjadi ibadah sekiranya kita laksanakan dengan hati yang terbuka, penuh keikhlasan, penuh hati dan jiwa. maka ia ibadah. untuk mencapai tahap itu, binalah bahagia. Bagaimana?....

Aku Maafkan Kamu

Aku suka lagu ni..penuh pengertian yang sangat dalam maksudnya...



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarnasi dari penghuni dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup



Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya





Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir

alif ba ta



(Alif)

Ada teratak di hujung kampung



(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak



(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak