Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, March 11, 2011

Kejar Akhirat, Dunia Kejar Kita

aku dengar ungkapan indah ni suatu pagi di Radio IKIM. start dari haritu aku jadikan ungkapan ini sebagai peniup semangat mencipta lebih banyak anjakan dalam perjalanan hidup seharian.
Alhamdulillah, setiap kali memikirkan bahawa "Kejar Akhirat, Dunia Kejar Kita" hati seolah-olah makin terpaut pada kecintaan dan pengabdian diri kepada Allah swt.. moga dilapangkan jalanNya....
Kejar Akhirat= melaksanakan segala apa yang disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang. mengungkapnya mudah tetapi ingin melaksanakannya pasti susah. " Dunia Kejar Kita= seolah-olah segala nikmat dan kebahagiaan dunia ini datang secara berlimpah-ruah kepada kita.
Bagaimana kejara Akhirat Dunia Kejar Kita?.. pada pemahaman saya yang sangat cetek ini mungkin dengan mendekatkan diri kepada Allah, melaksanakan segala tanggungjawab, selalu meminta kepadaNya dan berbaik sangka kepadaNya, segala apa yang kita mahukan di atas muka bumi ini akan diberi Allah jua...Dunia akan mengejar kita.. kesihatan, kebahagian, harta, pangkat, dan segala nikmat dunia yang lain akan dapat kita nikmati.. amin.....

Monday, March 7, 2011

Al KiSaH

salam sejahtera semua. buat pembaca blogku sekalian.
hari ni seperti biasa kerja-kerja di office belum juga selesai. dan sememangnya tidak akan selesai sampai bila-bila.. dan hari ni kali pertama aku masuk ke persidangan dewan. maklumlah bertugas di federal dulu memang tak akan merasa pengalaman ni... itu, antara pengisisan sepanjang minggu ni.. tapi yang paling best ialah aku ditugaskan untuk menyediakan teks ucapan TYT sempena perasmian tersebut... takut dan teruja..yang mana lagi utama? last year lagi sejak aku ditukarkan ke sini antara tugasku ialah menyediakan teks ucapan.. tp teks sidang dewan bagi aku lebih mencabar..huhuhu
merasa jugakla bakat terpendam aku ni digilap semula. sebenarnya hobiku memang menulis. sejak sekolah lagi aku suka sangat dengan karangan. di universiti masa siapkan thesis adalah tempoh belajar paling menyeronokkan. dan zaman bercinta pun sama.. selalu hantar surat cinta..hahahaha...lawakjer.
bercerita soal bakat menulis, sejak kecil aku suka menulis cerpen. kadang-kadang tu semua perjalanan hidup seharian aku jadikan cerpenku..kisah minat kt mamat kat sekolah pun ade jugak..kuang2x kantoi.. anyway pada aku dengan penulisan jiwa akan sihat. segala yang terpendam akan diluahkan melalui pena.. malangnya aku tak pernah bagi sesiapa pun baca cerpen ku.. buku zaman kanak2 yang aku simpan pun dah lama dimakan anai-anai kat umah.. yang lainnya aku dah bakar. lupus kira.. sebab bila baca balik buat malu jer.. latest aku menulis jugak dlm laptop kesayangan.. tp since laptop tu dah hilang makanya aku tidak menyimpan lagi koleksi cerpenku itu..
nak tahu sesuatu?.. pernah jugakla aku cuba-cuba nasib hantar penyertaan.. menang la sekali masa sekolah dulu. pergi kebangsaan langsung dah tak dengar nama aku lagi...bakat kecil. lepas tu aku cuba bersajak.. hantar la penyertaan ke surat khabar..pun kalah jugak..hehehe a.samad said the junior konon...
bercerita pasal teks harini ..aku mencuba yang terbaik. mengasah semula bakatku yang terpendam..mana tahu kalau digilap ia bakal menjadi batu permata yang berharga..cewah...hihi
seriusly, aku mula menyintai tugasanku sekarang. walaupun aku selalu dihambat dengan kesibukan tetapi kecintaanku pada dunia penulisan dapat aku penuhi.. sambil sibuk dengan tugasan lain bila dapat tugasan menyiapkan teks terasa puas jugak hati ni...
dalam entri ni aku tak masukkan teks tu.. aku akan buat satu entri khas yang akan memuatkan semua teks yang pernah aku karang.. moga suatu hari ia bakal menjadi rujukan kepada yang menerima tugas yang sama dengan aku kelak..moga ia memberi manfaat...
opss aku terlupa sesuatu.. cerita paling kelakar hari ni..aku masuk persidangan dengan pakaian istiadat number one.. terasa macam cun mula-mulanya.. tapi bila aku tgk orang lain aku rasa aku ada kekurangan...rupa-rupanya aku tak pakai songkok yang cun berlis kuning tu..hampeh..malu giler sebab pakai baju tak lengkap..heheheeh.pn.ainu pulak lg la kelakar..badan dah ler kecik comey jer..pastu bajunya besar sangat..nak tahu kenapa? sebab dekat baju tu tertulis "P.I.N.J.A.M"..lagi sorang shery..bukan main cun arini..pastu siap bagi fatwa salah menyebabkan kitorang pun turun dengan nametag.. orang lain turun dengan pingat kita pulak dengan nama..cis ajaran yang salah di pagi-pagi buta...
oklah...walakhiran....moga diriku terus merasa indah dan bahagia...

Aku Maafkan Kamu

Aku suka lagu ni..penuh pengertian yang sangat dalam maksudnya...



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Atur sepuluh daktil batal yang batil

Detik dua usul ditutup satu lagi tampil

Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil

Minta diisolasi dari dalil busuk jahil

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarnasi dari penghuni dan keluarga bumi

Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi

Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni

Mana cepat terbang atau warna gelang tangan

Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan

Ubat parut auditori kesan artileri insan

Gagal dikesan



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang aku Maafkan kamu

Tolong teruskan hidup



Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam

Acapkali terpendam, acapkali tersergam

Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam

Ini bukan lagu rindu ini madah dendam

Kutimbang tanpa neraca di awal usia

Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu

Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu

Maafkan mereka, mereka tidak tahu

Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata

Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa

Maafkan mereka, mereka tiada nilai

Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai

Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti

Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati



Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya

Terlalu rahi dendam di angan

Sampai terkacip mulut mahirnya





Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara

Kalau terpelajar sila guna hak miranda

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam

Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca

Sudah mahir rumi, mari tafsir

alif ba ta



(Alif)

Ada teratak di hujung kampung



(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak



(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak





Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak



Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu

Cukup kau tahu

Yang akuMaafkan kamu

Tolong teruskan hidup

Jangan sebut namaku



Ada teratak di hujung kampung

Bawah cermin kopak ada kotak

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak